Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Noor Arizan bontugan Sodop Sugandoi All Star Hospital Tuaran 2017 |  KRT Taman Nikmat pinapaharo ‘doa selamat’ monuau korikotan wulan Ramadan |  PAKALAJA POLINTA PINOKIANU POPOINGKAVAS DO TOIHAAN DIGITAL |  Program SHIELDS beri pendedahan kepada pelajar bahaya dadah |  KM: Adau Kokotuan landasan terbaik bina integrasi rakyat di Sabah |  Unit khas polis ESSZONE akan terima RPG baru |  88 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu Khas siri 2 |  Ramadan bentuk insan bertaqwa |  Bangunan baharu PPI dan PIPS penuhi keperluan kakitangan akademik UMS: Naib Canselor |  ESSCOM sentiasa laksana operasi di ESSZONE setiap hari tanpa gagal |  SEORANG MAUT, 2 PENGSAN TERHIDU ASAP BERACUN |  Ford Malaysia rolls out host of treats for East Malaysian customers |  Asyraaf demands better show from players |  Korean duo in line for tonight’s clash |  One died, two injured after inhaling toxic fumes | 
 BM

RTM Sabah martabatkan bahasa etnik: Pairin

190517-lead-2
TAHNIAH ... Pairin menyampaikan hadiah kepada juara Lagu Popular Kadazan Carta Sabahvfm musim ke-6.

19th May, 2017

OLEH MARRYAN RAZAN marryan@newsabahtimes.com.my

PENAMPANG: Usaha RTM Sabah memartabatkan bahasa etnik dalam rancangan siaran termasuk pertandingan juara lagu popular selaras dengan usaha mempertahankan warisan budaya masyarat berbilang kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph pairin Kitingan berkata, rancangan seumpama itu sekaligus mendorong para penyanyi dan karyawan Kadazandusun mempertingkatkan usaha kearah memajukan lagi industri muzik di negeri ini.

“Saya yakin melalui Pertandingan Juara Lagu Popular Kadazan, bakat para penyanyi dan penggiat seni suara Kadazan dapat terus diperkembangkan. Bukan itu sahaja, malah melalui lirik-lirik yang dihasilkan, penulisan dalam bahasa ibunda mereka boleh dipertingkatkan, sekaligus mempelajarinya dengan lebih berkesan.

“Kita tidak boleh pertikaikan bahawa hiburan perlu digerakkan selari dengan perubahan era semasa, namun kita juga harus ingat bahawa sesuatu yang asli itu harus terus dipelihara dan dikekalkan agar tidak ditelan zaman.

“Ini selari dengan hakikat bahawa lagu-lagu bahasa ibunda kita bukan sahaja menghiburkan malah mampu menggalakkan pewujudan keluarga bahagia, memupuk nilai-nilai murni serta pengamalan budi bahasa yang luhur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Akhir Juara Lagu Popular Kadazan Carta Sabahvfm musim ke-6, di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, di sini, malam Rabu.

Pairin berkata selaku peneraju industri penyiaran negara, RTM masih berdiri teguh sebagai suara penghubung antara rakyat dan kerajaan menerusi caranya sendiri tanpa mengorbankan adat dan budaya ketimuran masyarakat berbilang kaum, khususnya di Sabah.

“Sebagai sebuah media kerajaan, RTM mempunyai peranan untuk memberi penjelasan dan memaklumkan rakyat pelbagai kaum di negeri ini tentang pentingnya usaha mengekalkan budaya hidup bermasyarakat dengan menjaga sensitivity semua pihak,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap usaha murni RTM dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan bersatu padu.

“Dalam persaingan dunia yang serba mencabar, adalah penting untuk setiap rakyat sentiasa melengkapkan dan memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Usaha ini perlu dijalankan secara berterusan kerana ilmu di zaman moden ini lebih berkembang dengan amat pantas,” katanya.

Juara pertandingan itu ialah lagu Husi Noh Dogo yang dinyanyikan Heidi Vanessa Maruning dan hasil ciptaan Minami. Dengan kemenangan itu beliau menerima hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil.

Naib juara dimenangi lagu Kiva Koupusan Nu ciptaan Nick Tudol dan dinyanyikan Fanzi Ruji. Manakala tempat ketiga dimenangi lagu Koginavaan Di Sininduahan Nu oleh Grace Ah Ting. Pencipta lirik Elizabeth Bisuil.

Anugerah lain ialah vocal terbaik, yang dimenangi Fanzi Ruzi, Persembahan Terbaik dan Lagu Popular dimenangi oleh Peter Jupitar Bensing dengan lagunya ‘Id Puun Bambangan’.

   
Email Print
   
 
 
E-browse