Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

KERAJAAN BN PRIHATIN TERHADAP RAKYAT: MUSA

190517_depan_bm
JANJI DITEPATI ... Musa semasa menyampaikan geran-geran komunal kepada wakil penerima pada majlis tersebut.

19th May, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM rozzalin@newsabahtimes.com.my

TONGOD: Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap keperluan rakyat terutama yang tinggal di luar bandar. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata kerajaan komited untuk melindungi kepentingan rakyat di seluruh daerah.

“Kita tidak mahu pemimpin yang hanya tahu cakap kosong,” katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod 2017 di Dewan Serbaguna, Kampung Simpang Entilibon Tongod, dekat sini, kelmarin.

Pada majlis itu Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri turut menyampaikan Geran Komunal FR Kg Entilibon dengan keluasan 1,584.14 ekar bilangan peserta 106 dan keluasan setiap lot 10 ekar manakala Geran Komunal NT di Kg Mangkawagu keluasan 580.19 ekar dengan bilangan peserta 85 orang dan keluasan setiap lot 6 ekar. Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Ketua Menteri berkata penyerahan geran-geran tersebut tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat dalam mengotakan janjinya.

Beliau berharap penduduk memanfaatkan geran tanah dengan menjalankan aktiviti pertanian bagi meningkatkan sosio ekonomi mereka.

“Kerajaan BN akan sentiasa prihatin demi memastikan rakyat terbela dan sentiasa peka untuk kebaikan rakyat,” kata Musa.

Dalam pada itu, Musa meluluskan permohonan untuk pembinaan sebuah Kompleks Sukan Tongod bagi kemudahan anak-anak muda dan masyarakat setempat di daerah berkenaan menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah kegiatan sukan.

“Permintaan untuk sebuah kompleks sukan di sini akan kita pertimbangkan dan luluskan supaya anak-anak muda dan belia khususnya dapat memanfaatkan kemudahan untuk berlatih dan mengembangkan bakat dalam bidang sukan agar berjaya satu hari nanti sekali gus melahirkan jaguh ahli sukan, “ kata beliau.

Terdahulu ketika berucap di majlis itu Musa berkata perayaan seperti sambutan Kaamatan telah berjaya memperkukuh silaturahim antara semua kaum.

Beliau berkata, keunikan dan semangat kekitaan yang tinggi ini pastinya akan menjadikan negeri terus mengorak langkah kerana sekali pun rakyat terdiri pelbagai suku kaum dan agama tetapi saling hormat-menghormati dan bersatu padu sekali gus mengecapi kehidupan penuh harmoni.

Katanya, suasana yang harmoni ini dengan sambutan perayaan penuh berwarna-warni menjadikan Sabah unik sekali gus menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara.

Justeru ujarnya pihak kerajaan negeri akan sentiasa menyokong kepada apa saja program perayaan untuk memartabatkan kebudayaan dan kesenian yang diwarisi sejak sekian lama.

Menurutnya, usaha ini penting kerana nadi kepada kemajuan dan kestabilan yang berterusan disebabkan semangat kekitaan rakyat terus utuh.

In katanya, Pesta Kaamatan merupakan kesempatan yang terbaik untuk rakyat berbilang kaum dan agama mengeratkan lagi semangat perpaduan serta kekitaan dalam kalangan suku kaum dan etnik bersesuaian dengan tema perayaan iaitu ‘Kaamatan Impowom’ atau ‘Kaamatan Asas Perpaduan’.

Menurutnya lagi, Pesta Kaamatan juga menjadi pemangkin perkembangan industri pelancongan dan memartabatkan kebudayaan maka peluang ini seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya bagi mengetengahkan pelbagai bentuk kesenian tempatan khususnya tarian kebudayaan daripada pelbagai suku kaum dan etnik di daerah ini.

“Saya ingin mengajak kepada rakyat memanfaatkan peluang ini kerana satu landasan yang terbaik ke arah penyatuan semua kaum memandangkan setiap perayaan yang disambut amat unik sekali.

“Satu perayaan yang memakmurkan semua kaum di Sabah kerana keunikan yang tersendiri sama-sama dirayakan ... saya bersyukur apabila perayaan yang ada telah merapatkan silaturrahim.

Ketua Menteri teruja dan gembira dengan tahap pembangunan di kawasan Tongod setakat ini yang semakin berkembang maju.

Katanya, perkembangan yang pesat dan baik ini adalah hasil keprihatinan serta perhatian para pemimpinnya yang sentiasa komited dan fokus terhadap usaha-usaha memajukan daerah berkenaan.

Beliau mengalu-alukan segala usaha dan perancangan pembangunan di Tongod lebih- lebih lagi kedudukannya yang berada di tengah-tengah Negeri Sabah.

Hadir sama pada sambutan perayaan itu, Pengerusi FELCRA Malaysia merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Dato’ Seri Bung Moktar Radin; Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah merangkap Adun Kuamut, Datuk Masiung Banah; Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Datuk Juhari Janan; Pegawai Daerah Tongod selaku Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod, Robert Stidi dan dif-dif kenamaan yang lain serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Terdahulu, Musa juga turut melakukan perasmian gimik Dewan Serbaguna Kg Entilibon Tongod yang telah pun siap tahun lepas.

Majlis sambutan dimeriahkan persembahan kebudayaan Sirid-Sirid Suku Kaum Minokok dan Magansau Suku Kaum Mangkaak.

Acara kemuncak sambutan dengan Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Tahun 2017 bagi peringkat daerah itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse