Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Celcom, Health Digital Technologies inks memorandum to further explore DoctorOnCall’s potential |  Sabah Prisons settle for joint third |  300 muay thai fighters gunning for glory |  Mahathir says will try to establish non-partisan national administration |  Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua |  STPM Labuan nokoposurat 100 pihatus kinapaason |  Misi koduvo Wuhan nakahantoi pinopoimbuhai pisokodungan |  Tuu mianak nosoob id kotutudan id Membakut |  Pupils from Nabawan to represent Malaysia in World Cup Dance competition in Rome |  UMS pushing for total ban on single-use plastics |  Merchantrade money gets approval to increase e-wallet limit to RM20,000 |  Pacific Rim featured in publication on Indonesia’s strategy to accelerate nickel supply |  MDV to offer RM450 mln financing to tech firms this year |  Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya |  Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman | 
 BM

Sejarah dan kebudayaan Labuan perlu dipelihara dan dijaga

17th May, 2017

LABUAN: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Ismail Ali menasihatkan golongan muda supaya menjaga sejarah dan budaya masyarakat tempatan khususnya Wilayah Persekutuan Labuan.

Katanya, semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT) dan orang perseorangan perlu berganding bahu memainkan peranan masing-masing memartabatkan warisan sejarah dan budaya setempat.

“Tanpa adanya kesedaran terhadap sejarah dan rasa bangga terhadap kebudayaan ibarat sebatang pokok hidup tetapi tidak berdaun dan tidak berbuah,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah pada program Bicara Tokoh Sejarah Labuan di Anjung Budaya, Perbadanan Labuan, Kampung Layang- Layangan, Sabtu lalu.

Turut hadir Pemangku Pengarah Muzium Labuan, Muhamad Nazli Ho Abdullah dan Pengarah Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan, Mahathir Abd Hamid.

Hadir sama pemimpin NGO dan kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan IPT di Wilayah Persekutuan Labuan.

Dr Ismail berkata usaha Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Dtuk Isli yang sentiasa berusaha mengangkat semula warisan budaya etnik di Labuan tidak akan berjaya sekiranya tiada komitmen daripada penduduk Labuan sendiri.

Beliau turut mencadangkan kepada Muzium Labuan dan Perbadanan Labuan supaya mempromosikan semula kebudayaan dalam bentuk makanan tradisi versi Labuan seperti kuih kelupis, lamban, ketupat, kuih wajit, kuih bahulu, kuih sapit, cencaluk dan tumpi ketika penganjuran pelbagai program.

Selain itu, menganjurkan Pesta Bubuk dengan menampilkan perkasasan yang digunakan dan penghasilan produk berasaskan bubuk seperti belacan, cencaluk dan patis.

“Kita patut membina monumen Jangkar sebagai mercu tanda pensejarahan Labuan. Banyakkan juga penerbitan buku mengenai sejarah, budaya tempatan termasuk mengenai ahli sukan yang pernah mengharumkan nama negara seperti Datuk Hassan Sani,” katanya.

Sementara itu, Muhamad Nazli berkata masyarakat perlu menghargai usaha dan peranan yang dipelopori Jabatan Muzium Malaysia dalam elemen pendokumentasian dan kajian ilmiah yang bermutu sebagai cabang pendidikan untuk tatapan generasi akan datang.

Beliau berharap menerusi penganjuran program Bicara @ Muzium itu mampu memberikan kesedaran sosial kepada masyarakat dan pelajar supaya dapat menanamkan semangat perpaduan, permuafakatan dan berinteraksi agar dapat menyelami realiti sejarah dan kebudayaan. – OLEH JAINUDIN DJIMIN

   
Email Print