Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Celcom, Health Digital Technologies inks memorandum to further explore DoctorOnCall’s potential |  Sabah Prisons settle for joint third |  300 muay thai fighters gunning for glory |  Mahathir says will try to establish non-partisan national administration |  Sekadar menceriakan aku yang mungkin nampak lebih tua |  STPM Labuan nokoposurat 100 pihatus kinapaason |  Misi koduvo Wuhan nakahantoi pinopoimbuhai pisokodungan |  Tuu mianak nosoob id kotutudan id Membakut |  Pupils from Nabawan to represent Malaysia in World Cup Dance competition in Rome |  UMS pushing for total ban on single-use plastics |  Merchantrade money gets approval to increase e-wallet limit to RM20,000 |  Pacific Rim featured in publication on Indonesia’s strategy to accelerate nickel supply |  MDV to offer RM450 mln financing to tech firms this year |  Penduduk Kg Gana-Gana rayu kerajaan naiktaraf j-raya |  Tiga pelajar SMK Arshad K. Belud terpilih sertai rombongan ke Seminar Antarabangsa Teknologi Hijau di Jerman | 
 BM

Fakir miskin di Kg Muhibbah dapat bantuan MBR

16th May, 2017

KOTA KINABALU: Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR) menyampaikan pelbagai bentuk makanan kepada golongan fakir miskin di Kampung Muhibbah Kampung Likas Kota Kinabalu.

Ketua Syukbah Kebajikan MBR Dr. Haji Mustafa Kather Seeni berkata, golongan berkenaan diberikan keperluan makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak, kopi dan lain lain.

Menurut beliau jumlah sumbangan kali ini ditingkat sedikit seperti lazimnya sebelum ini setiap kali menghadapi bulan Ramadan.

Memberi tahu pemberita di MBR selepas mengetuai misi pengagihan itu, Dr Haji Mustafa berkata, kerja-kerja menyampaikan makanan itu merupakan program bulanan MBR di bawah konsep prihatin terhadap golongan yang memerlukan bantuan sejak beberapa tahun lepas.

Sehubungan itu, Dr Haji Mustafa mempelawa pelbagai pihak dan individu untuk tampil menghulur bantuan kepada golongan tersebut.

Beliau diiringi Pengurus MBR Encik Hazmi Merdan, AJK MBR Haji Salleh Datuk Ali dan Penyelia MBR Haji Abas Haji Jahandad.

   
Email Print