Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Okon ko ouhan do Sabah, Sarawak humabus Malaysia |  Piipio hamin noumbak id kinaantakan tongus tohogod |  KOPOINGATAN TOPODOS: ZAHID |  Belia, beliawanis perlu kuasai Bahasa Inggeris, kata Charles |  Penyakit Sistemik Lupus Eritematosus boleh ancam nyawa pesakit |  PPM Tawau catat nilai tangkapan, saman lebih RM4 juta setakat Sept |  UMS tidak larang pelajar suarakan pandangan |  MTUC cadang pekerja sektor awam dan swasta terima gaji minimum RM1,200 |  Perintah berkurung di Sabah dilanjut dua minggu sehingga 5 Okt |  ZAHID BERI AMARAN TEGAS CUBAAN BAWA KELUAR SABAH, SARAWAK DARI MALAYSIA |  OCA assembly approves Indonesia Asiad |  Hosts set medal pace |  Record foreign teams entry for Borneo Cup |  It’s now or never for Chong Wei |  Tai bags nation’s first gold | 
 BM

BASMI KEMISKINAN FOKUS UTAMA K’JAAN

Depan_1
MUSA (kiri) bersama Pengarah ICU, Tan Sri Khalid Ramli pada majlis taklimat kelmarin.

5th February, 2008

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, usaha-usaha ke arah pembasmian kemiskinan di negeri ini menjadi fokus utama kerajaan negeri dalam melaksanakan program-program pembangunan terutamanya di kawasan luar bandar.

Katanya, penyelarasan program-program pembasmian kemiskinan dibuat di peringkat daerah melalui Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan Daerah yang dipengerusikan sendiri oleh Pegawai Daerah.

“Bantuan kepada golongan miskin dan miskin tegar akan diselaraskan dengan lebih tersusun dan diagihkan tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis taklimat memantapkan jentera penyelarasan program pembasmian kemiskinan anjuran Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri di Magellan Sutera Harbour Resort, di sini, kelmarin.

Hadir memberi taklimat pada majlis itu, Ketua Pengarah ICU JPN, Tan Sri Khalid Ramli.

Beliau berkata, selaras dengan konteks pembangunan semasa, program pembasmian kemiskinan turut diberi penekanan serius oleh kerajaan negeri di bawah pelaksanaan Koridor Pembang-unan Sabah (SDC)

Menurutnya, SDC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Januari lalu antara lainnya bermatlamat merapatkan jurang sosio-ekonomi antara bandar dan luar bandar serta membasmi kemiskinan supaya seluruh lapisan rakyat dapat menikmati faedah pembangunan secara lebih saksama.

Ketua Menteri berkata, berdasarkan statistik yang direkodkan sehingga 30 September tahun lalu, bilangan golongan miskin tegar yang berdaftar di negeri ini berjumlah 21,514 orang.

Daripada jumlah itu, seramai 13,802 orang dikategorikan sebagai miskin tegar produktif sementara 3,708 orang sebagai miskin tegar tidak produktif.

Manakala itu katanya, 4,004 orang diletakkan di bawah kategori miskin tegar Orang Kurang Upaya (OKU), kesemua golongan berkenaan telah dan akan menerima bantuan dalam pelbagai bentuk daripada kerajaan seperti bantuan rumah, bantuan peningkatan pendapatan dan bantuan latihan kemahiran.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Negeri berterima kasih atas penyaluran peruntukan tahun lalu yang berjumlah RM101.3 juta oleh pihak Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Felda di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).

“Kita berharap pada tahun ini lebih banyak lagi peruntukan akan dapat disalurkan ke negeri ini oleh agensi-agensi yang berkenaan supaya kita dapat pastikan matlamat mensifarkan kemiskinan tegar menjelang akhir tahun 2010 tercapai,” katanya.

Di samping, itu ianya juga sebagai ini inisiatif penggerak bagi perlaksanaan SDC yang memasuki fasa pertama tahun ini.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga berharap agar program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan di bawah SPKR dan telah terbukti berjaya menangani insiden kemiskinan di negeri ini, seperti Program Peningkatan Pendapatan (PPP), Program Bantuan Rumah (PBR), Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dan Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS) terus diperhebatkan di negeri ini.

Tambahnya, bagi memastikan program pembasmian kemiskinan ini dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh, penglibatan dan kerjasama aktif daripada semua pihak sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan amat diperlukan untuk menjayakan agenda pembasmian kemiskinan di negeri ini.

Taklimat itu dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen di negeri ini serta pegawai kanan kerajaan termasuk para pegawai daerah di negeri ini.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline