Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Tambunan dipilih pelancaran Pesta Kaamatan 1 Mei ini

29th April, 2017

KOTA KINABALU: Daerah Tambunan dipilih sebagai tuan rumah bagi majlis pelancaran Pesta Kaamatan 2017 pada 1 Mei ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata majlis itu dijangka akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri Tun Dr. Juhar Haji Mahiruddin, di Pisompuruan Square Tambunan.

Katanya pelancaran Pesta Kaamatan itu diadakan sempena Tahun Melawat Tambunan.

“Saya mengalu-alukan orang ramai datang beramai-ramai untuk memeriahkan pelancaran Pesta Kaamatan dan seterusnya melawat tempat-tempat menarik yang ada di Tambunan.

“Pelbagai acara menarik telah disusun untuk memeriahkan majlis itu termasuk pertandingan Unduk Ngadau dan persembahan artis-artis kelahiran Tambunan termasuk Jestie Alexius, Rosario, Francis Landong dan ramai lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017, di Bangunan Jabatan Kerja Raya, di sini, kelmarin.

Pairin berkata, pada tahun ini satu lagi daerah baharu iaitu daerah Kiulu mendapat restu daripada Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan untuk mengadakan sambutan perayaan rasmi.

“Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kiulu akan diadakan pada 30 April ini di Rumah Tradisi Kiulu yang akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai.

“Dengan penyertaan daerah Kiulu sebagai daerah rasmi mengadakan sambutan pesta ini, maka jumlah keseluruhan daerah pentadbiran kerajaan dan daerah KDCA yang akan merayakan Pesta Kaamatan peringkat daerah berjumlah 45 buah. Oleh itu kita menjangka penyertaan 45 peserta Unduk Ngadau,” katanya.

Pairin berkata tema Pesta Kaamatan tahun ini ‘Kaamatan Asas Perpaduan’ bersesuaian dengan peranan perayaan ini sebagai asas memupuk perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Mengenai perayaan Pesta Kaamatan di setiap daerah, beliau berkata Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2017 telah memuktamadkan tarikh-tarikh serta tempat pelaksanaan sambutan itu sepanjang bulan Mei.

“Pada 6 Mei sambutan Pesta Kaamatan akan diadakan di daerah Telupid, Kinabatangan, Matunggong dan Karambunai, pada 7 Mei (Keningau, Paitan, Lahad Datu dan Libaran), 10 Mei (Kepayan), 12 Mei (Semporna), 13 Mei (Putatan, Klang Valley, Beluran, Kunak, Membakut, Pitas, Ranau, Sook Keningau, Tungku, Majlis Perbandaran Tawau dan Tenom/ Kemabong.

“Manakala pada 14 Mei pula, sambutan Pesta Kaamatan diadakan di daerah Kota Belud, Tuaran/ Tamparuli, Kudat, Labuan, Majlis Perbandaran Sandakan dan Kota Marudu, 18 Mei (Tongod), 19 Mei (Dewan Bandaraya Kota Kinabalu), 20 Mei (Penampang, Menumbok/Kuala Penyu, Papar, Beaufort, Nabawan/ Pagalungan, Sipitang dan Banggi) dan pada 21 Mei daerah Inanam,” katanya.-oleh Marryan Razan

   
Email Print
   
 
 
E-browse