Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Tiga pelajar Pascasiswazah wakili UMS ke 3MT 2017 kebangsaan

21st April, 2017

KOTA KINABALU: Tiga pelajar Pusat Pengajian Pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mewakili UMS ke Pertandingan 3 Minute Thesis (3MT) 2017 peringkat kebangsaan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 18 Mei depan.

Kesemua mereka terpilih selepas mengungguli kategori masing-masing dalam pertandingan peringkat UMS yang diadakan baru-baru ini.

Mereka adalah pelajar Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Saizal Pinjaman bagi kategori Sains Sosial; Miron Gakim dari Fakulti Kejuruteraan (FKJ) bagi kategori Kejuruteraan, dan Birdie Scott Padam dari Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan bagi kategori Sains.

Saizal terpilih melalui pembentangan yang menarik berkaitan kajiannya yang memfokuskan terhadap faktor yang mempengaruhi kemeruapan pasaran saham di Malaysia dan teknik pengurusannya.

Miron pula mendapat perhatian dengan pembentangan yang jelas dan menyakinkan terhadap penyelidikannya yang berkaitan gas karbon dioksida dan bagaimana ia boleh menghasilkan produk yang mampu memberi kebaikan daripada sudut ekonomi.

Sementara itu, Birdie Scott pula telah membentangkan penyelidikan mengenai potensi rumpai laut Sabah sebagai sumber prebiotik sekali gus mampu menyemarakkan industri rumpai laut di Sabah dan mengurangkan kebergantungan industri makanan kepada sumber prebiotik import.

Terdahulu, Dekan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Prof. Dr. Rasid Haji Mail dalam ucapannya berkata, selain untuk menyuburkan budaya penyelidikan, pertandingan 3MT juga bertindak sebagai satu mekanisme untuk para pelajar pascasiswazah membiasakan diri dengan teknik pembentangan dalam sesi viva-voce mereka kelak.

“Pertandingan yang diadakan setiap tahun itu berupaya membentuk sikap positif pelajar pascasiswazah untuk menamatkan pengajian dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.

Pertandingan 3MT adalah acara tahunan melibatkan pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang memerlukan mereka menyampaikan hasil kajian PhD masing-masing tidak melebihi 180 saat menggunakan bahasa mudah difahami kepada para pendengar yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang kajian yang mereka lakukan.

Pemenang di peringkat kebangsaan akan mewakili negara ke pertandingan peringkat dunia di Queensland Australia.

   
Email Print
   
 
 
E-browse