Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Io’ Keewon dii Carl mongunsikou nakaanu kosiwatan |  Keewon dan Carl syukuri peluang persembahan di Mrs Borneo Queen 2018 |  Keningau tuan rumah pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri: Pairin |  Graduan UMSKAL johan Pertandingan Pidato 1Malaysia |  TLDM anjur Program Interaksi sempena Hari Ulang Tahun ke-84 |  Bayi baru lahir ditemukan di pintu pagar masjid |  APMM pintas 12 PATI di perairan Kinabutan |  Mansuh GST akan buat defisit fiskal meningkat: Madius |  Rozman yakin BN Labuan kekalkan momentum menangi PRU14 |  Mahkamah tolak saman minta PM bentang persempadanan semula di Sabah |  Najib peraku hak Sabah dilaksanakan, kata Zahid |  BN akan terus bangunkan Sabah dan Sarawak |  Kedah unseat Junior Rhinos |  Setback for Sabah Rhinos |  K2 and Tritonic for Borneo Marathon | 
 BM

Pendaki ditemukan tidak sedarkan diri meninggal dunia

21st April, 2017

RANAU: Seorang pendaki berbangsa Cina, lelaki warga tempatan ditemukan sesak nafas oleh malim gunung sebelum disahkan tidak sedarkan diri ketika berada di Gunung Kinabalu pada awal pagi hari Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Jimmy laggung (gambar) ketika dihubungi mengesahkan kejadian, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan lebih kurang jam 7.20 pagi mengatakan seorang pendaki sesak nafas.

“Dalam kejadian pada pagi Khamis itu, sepasukan anggota Pasukan Bantuan dan Menyelamat Gunung (MOSAR) yang menjalankan tugas pemantauan sepanjang denai Laban Rata dan Sayat-sayat telah menerima panggilan kecemasan daripada seorang malim gunung melalui Walkie-talkie, melaporkan seorang pendaki sesak nafas.

“Anggota MOSAR mengarahkan malim gunung berkenaan melaporkan terus kepada kepada pihak Pasukan Mencari dan Menyelamat Taman (ParkSAR) di Burlington Hut yang berhampiran dengan Lokasi Mangsa,” jelas beliau.

Menurut Jimmy, sepasukan anggota MOSAR bergegas ke lokasi kejadian yang terletak di kilometer 5.9, kira-kira 50 meter sebelum Laban rata apabila tiba dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri.

“Menurut salah seorang anggota ParkSAR, Mark Julius, beliau telah berusaha memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa yang sesak melalui bantuan Pernafasan (CPR) namun mangsa yang berumur 50 tahun itu terus tidak sedarkan diri.

“Mangsa seterusnya dibawa turun menggunakan kaedah Stretcher dengan kekuatan enam anggota MOSAR, dua malim gunung dan satu anggota ParkSAR pada jam 8.26 pagi dan dibantu empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ranau sebelum diserahkan kepada pihak Polis dan Hospital Ranau.

Dalam pada itu, Pengarah Hospital Ranau, Dr. Clarence Dharmasena Sirisani ketika dihubungi media kemarin mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan telah dihantar ke Kota Kinabalu. -OLEH ADUKA JASNIN SUMAN

   
Email Print
   
 
 
E-browse