Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Masjid Nurul Ihsan Kg Ketiau terima sumbangan zakat perniagaan SPI BSN |  Tema sambutan Hari Guru 2017 signifikan setanding negara maju |  Polis Marin rampas minuman keras bersama lori bernilai RM251,500 |  Phauline, I llyka dinobat juara Sugandoi dan Unduk Ngadau |  Puntung bergelut dengan maut akibat kanser, SWD benarkan penggunaan eutanasia |  Aktiviti komuniti melalui Program ‘My Beautiful Malaysia’ |  MUBARAK AKAN TERUS PERTAHAN KEPIMPINAN MUSA |  Mongingindapu nonuan kopoingatan au popoinsavat gatang id timpu panaandakan |  Tomposizo om ubasano pisompuuvan tinau, ka di Hamisa |  Makasulut ra ampos maimanggaan mimpuun intor ra itakau maratu’ |  Karnival "Mega Wanita" KKTM pinggisoman monginggirot mahasiswi UMS |  Pulis Marin minamaganu tiinumon kaavuk, iso lori pisosoomo kigatang RM251,000 id Menumbok |  Rayzam: I am good for gold |  Vision Primary School Sandakan with modern learning environments |  STAR expresses confidence in GE14 | 
 BM

Pemandu lori maut dalam kemalangan

210417_front_crash
TERBALIK… Beginilah keadaan lori yang terbalik itu.

21st April, 2017

BELURAN: Seorang pemandu lori maut dan dua kelindannya cedera parah dalam nahas jalan raya di Bukit Ular, Kilometer 76.9 Jalan Nangoh-Paitan dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, lori tersebut yang membawa muatan baja terbabas ketika menuruni bukit lalu terbalik.

Ketua Polis daerah Beluran Supt Shivanathan Velautham berkata pemandu lori, Ahmad Nongkang, 59, yang tersepit di dalam lori tersebut, mati di tempat kejadian.

Katanya dua kelindan lori itu, Jeprii Azis, 35, patah kedua-dua kaki, manakala Rosli Ruma, 34, patah bahagian paha.

Mayat Ahmad yang tersepit kemudian dikeluarkan dari lori itu dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat.

Beliau berkata siasatan polis mendapati kes kemalangan ini berpunca daripada kegagalan pemandu untuk mengawal kenderaan apabila tiba di jalan yang berselekoh tajam, curam dan menuruni bukit.

   
Email Print
   
 
 
E-browse