Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Io’ Keewon dii Carl mongunsikou nakaanu kosiwatan |  Keewon dan Carl syukuri peluang persembahan di Mrs Borneo Queen 2018 |  Keningau tuan rumah pelancaran Kaamatan Peringkat Negeri: Pairin |  Graduan UMSKAL johan Pertandingan Pidato 1Malaysia |  TLDM anjur Program Interaksi sempena Hari Ulang Tahun ke-84 |  Bayi baru lahir ditemukan di pintu pagar masjid |  APMM pintas 12 PATI di perairan Kinabutan |  Mansuh GST akan buat defisit fiskal meningkat: Madius |  Rozman yakin BN Labuan kekalkan momentum menangi PRU14 |  Mahkamah tolak saman minta PM bentang persempadanan semula di Sabah |  Najib peraku hak Sabah dilaksanakan, kata Zahid |  BN akan terus bangunkan Sabah dan Sarawak |  Kedah unseat Junior Rhinos |  Setback for Sabah Rhinos |  K2 and Tritonic for Borneo Marathon | 
 BM

Tujuh pelajar kor kadet polis cedera dalam nahas jalan raya

21st April, 2017

TAWAU: Seramai tujuh pelajar kor kadet polis cedera ringan sementara 21 lagi yang lain tidak mengalami kecederaan selepas lori polis yang dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Sapi Nangoh, Kota Marudu.

Ketua Polis Daerah, ACP Fadil Marsus berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.20 petang pada Rabu ketika semua pelajar yang terlibat dalam perjalanan bagi mengikuti perkhemahan kor kadet polis di Kudat.

Menurutnya, pelajar yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan di Kota Marudu untuk rawatan lanjut.

Fadil berkata rombongan yang membawa kesemua pelajar itu terdiri daripada enam kenderaan iaitu melibatkan 74 kor kadet, enam guru dan lapan anggota polis.

“Apabila sampai dilokasi kejadian iaitu laluan mendaki bukit dan selekoh tajam sebuah lori telah terbalik ke atas kanan jalan dan tidak ada kenderaan lain yang terlibat dalam kemalangan itu,” katanya.

Tambahnya kesemua pelajar itu dilindungi insuran dan telah mengisi borang kebenaran ibu bapa. -OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse