Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Juragan bot pelancong ditahan reman empat hari

21st April, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

SEMPORNA: Seorang juragan bot pelancong ditahan reman selama empat hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes kemalangan bot di kawasan laut Pelabuhan Semporna pada Rabu.

Ketua Polis Daerah, Supt. Peter Umbuas berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 304 A Kanun Keseksaan selepas kejadian itu mengakibatkan kematian.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu seorang kanak-kanak lelaki maut selepas bot laju awam dinaiki bersama tiga yang lain terbabit kemalangan dengan bot pelancong membawa 10 warga China.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Muhammad Arhidar Abdullah, 10, dari Kg. Samar-Samar, Pulau Bum-Bum yang mayatnya ditemui tiga jam selepas kejadian oleh penduduk kampung.

Manakala juragan bot awam berusia 41 tahun cedera parah dan dua lagi lelaki lain masing-masing berusia 12 dan 24 tahun terselamat.

Kejadian dipercayai berlaku semasa bot pelancong yang membawa lima lelaki dan lima wanita warga China dari arah Pulau Mataking menuju ke pekan Semporna telah berlanggar dengan bot awam itu.

Menurut Peter hasil siasatan awal mendapati suspek tidak ternampak bot awam yang datang dari arah kanan melintasi hadapan bot dipandunya kerana silau matahari dari arah kanan.

“Bot awam itu hanya disedari pada jarak kira-kira lima meter dari bot pelancong sebelum kedua-duanya bertembung,” katanya.

Ekoran kejadian itu seorang mangsa terbunuh, seorang cedera parah dan dua selamat di dalam bot awam manakala kesemua pelancong di bot pelancong tidak mengalami sebarang kecederaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse