Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ramai Magahau Zon Semenanjung nakaanu raramit di kounsub |  Kopomiaraan paha’ tantadan kopongingkawas nindopuan mogiigiyon labus kakadayan |  Makanan tradisi cermin identiti, kata Henry |  Zarondin: Sempadan perairan negara sentiasa diawasi |  Program Tugu Budaya Etnik Sabah dinaiktaraf |  International debut for Sabah gymnasts |  World Heart Day 12.5KM Charity Run on Oct 8 |  Over 1,800 to ‘Run For Peace’ in Sandakan |  Magahau festival well received in west Malaysia |  PCA hopes to get new building to meet service expansions |  Missing raw ingredients threaten local food preps |  Tun Juhar pays visit to Danawan Island ops base |  Sambutan Aidilfitri SK Sungai Lada meriah |  Penunggang motosikal maut dalam kemalangan |  PAS Sabah gesa kerajaan henti perkhidmatan syarikat urus bekalan elektrik kontrak di tiga kampung | 
 BM

Dewan Melayu sambut baik langkah tarik balik surcaj kesesakan pelabuhan Labuan

210417-pelajar-6a
TAHNIAH... Anugerah Panitia Terbaik SPM tahun 2016 yang disampaikan oleh Saliza (tiga dari kanan) disaksikan oleh tetamu kehormat yang lain.

21st April, 2017

LABUAN: Dewan Usahawan Melayu Labuan menyambut baik keputusan syarikat perkapalan untuk menarik balik surcaj kesesakan di Pelabuhan Labuan sebanyak RM500 setiap kontena yang mengecewakan pengguna pelabuhan.

Pertubuhan itu berkata langkah tersebut yang berkuat kuasa pada 15 April amat membantu pengguna pelabuhan dari segi mengurangkan beban kewangan mereka dalam pengendalian kargo.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Alias Abd Rahman berkata fi kesesakan yang dikenakan pada November tahun lepas oleh syarikat perkapalan telah menjejaskan aliran kargo ke pulau ini disebabkan caj tambahan tersebut.

Susulan surcaj itu telah meningkatkan kos pengendalian, katanya gula tidak dapat dijual kepada pengguna di pulau ini pada harga kawalan yang diwartakan.

Alias berkata pengendali pelabuhan Labuan, Labuan Liberty Port Management (LLPM) telah meluaskan operasi perkarangan kontenanya ke luar pelabuhan, bagi mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

“Kami berpendapat pengendali pelabuhan telah melaksanakan tugasnya untuk memastikan aliran pengendalian kontena yang lancar, dan kenyataan negatif berhubung isu kesesakan itu tidak membantu menyelesaikan perkara tersebut.

“Dapat dibayangkan kos pengendalian tambahan yang ditanggung oleh pengguna pelabuhan, terutamanya ejen pengangkutan disebabkan surcaj kesesakan sebanyak RM500 setiap kontena,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama kelmarin.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan telah mengadakan mesyuarat pada 12 April lepas dengan syarikat perkapalan, pengguna pelabuhan dan LLPM untuk mencari penyelesaian berhubung isu itu.

“Memandangkan syarikat perkapalan telah menyaksikan aliran yang lancar di terminal pelabuhan dan dengan jaminan oleh pengendali pelabuhan, surcaj tersebut ditarik balik, dan ia amat baik bagi ekonomi pulau ini,” katanya.

Alias berkata bagi kepentingan ekonomi pulau ini, Dewan Usahawan Melayu Labuan menjemput Dewan Perniagaan Cina Labuan untuk dialog bagi menyelesaikan pertikaian mengenai kesesakan di Pelabuhan Labuan dan isu yang berkaitan.

“Sebagai badan korporat dan penggiat di pulau ini, kami mempunyai kewajipan untuk membantu merangsang ekonomi pulau ini selepas terjejas akibat kelembapan dalam sektor minyak dan gas, enjin ekonomi pulau ini, dan bukan mengkritik usaha kerajaan atau operasi pelabuhan,” katanya.

Alias turut menggesa pengguna pelabuhan, syarikat perkapalan dan dewan perniagaan untuk bekerjasama demi kepentingan ekonomi pulau ini.-Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse