Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Kinosompuruan Kor Kadet Polis kopokito kororohianon komulakan kumaa PDRM |  Kembara Kerjaya Sabah 2017 manaak kosivatan kumaa OKU mogium pakalajaan |  OKU turut dibantu dapatkan pekerjaan |  Empat rumah musnah dalam kebakaran di Pohon Batu |  GATA promosi Sipitang destinasi pelancongan |  Yeo: Pelan Induk Daya Saing untuk Bandaraya KK perlu ambil kira semua aspek |  YAYASAN MELAKA NAFI MILIKI 56 LOT TANAH DI SABAH |  Ayam Brand contributes to charitable homes |  Foremost Thailand dominate Asian Veteran Basketball Championship |  Police hulksters gunning for hat-trick |  Rhinos must buck up or face relegation |  Car thieves caught thanks to Facebook shares, public help |  Patients at Likas Hospital to enjoy new mini-library |  LDP calls on fed govt to further liberalise, abolish cabotage |  City Hall to ensure KK becomes highly competitive | 
 BM

Perniagaan trak makanan boleh dikembangkan melalui koperasi di Sabah: Hajiji

210417-lead-3c__new_
BAGUS ... Hajiji (dua kanan), Umar Sarim (kanan) mencuba minuman yang disediakan sambil diperhatikan oleh dan Rafih (kiri).

21st April, 2017

KOTA KINABALU: Penubuhan koperasi bagi perniagaan trak makanan boleh mengembangkan perniagaan itu dengan lebih rancak di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Hajiji Noor berkata melalui koperasi, pelbagai peluang perniagaan terbuka luas untuk diteroka secara berkelompok.

“Penglibatan rakyat secara berkumpulan dalam perniagaan trak makanan ini akan meningkatkan lagi sektor koperasi sebagai penyumbang berkesan dalam menjana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya ketika merasmikan seminar perniagaan trak makanan secara koperasi, di sini kelmarin.

Seminar itu dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Unit Agenda Peneraju Bumiputera (Teraju).

Menurut Hajiji, gerakan koperasi semakin berkembang maju di Malaysia, termasuk di Sabah.

“Sebagai bukti kejayaan tersebut, sehingga 31 Dis 2016, sebanyak 1,374 koperasi didaftarkan di negeri ini dengan keanggotaan seramai lebih 335,000 orang.

“Model syer dan yuran terkumpul pula sebanyak RM157 juta, manakala aset dan perolehan masing-masing bernilai RM787 juta dan RM323 juta,” katanya.

Hajiji turut berharap pengusaha trak makanan memanfaatkan maklumat perniagaan seperti spesifikasi kenderaan yang dibenarkan dan perihal pelesenan dan perundangan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi melancarkan perniagaan mereka.

Terdahulu, Pengarah SKM Negeri Umar Sarim Saidin berkata perniagaan trak makanan mula popular di Sabah tahun lepas, dan SKM tampil untuk mengadakan program seminar itu bagi menggalak lebih ramai masyarakat di Sabah menceburi bidang itu, terutama dalam kalangan belia.

Beliau juga berkata koperasi trak makanan perlu bijak berunding dengan PBT untuk mendapatkan kebenaran meletak kenderaan mereka di kawasan yang menjadi sasaran perniagaan.

Seramai 400 peserta dari kalangan pengusaha makanan trak dan anggota pelbagai koperasi terlibat dalam seminar setengah hari itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse