Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ramai Magahau Zon Semenanjung nakaanu raramit di kounsub |  Kopomiaraan paha’ tantadan kopongingkawas nindopuan mogiigiyon labus kakadayan |  Makanan tradisi cermin identiti, kata Henry |  Zarondin: Sempadan perairan negara sentiasa diawasi |  Program Tugu Budaya Etnik Sabah dinaiktaraf |  International debut for Sabah gymnasts |  World Heart Day 12.5KM Charity Run on Oct 8 |  Over 1,800 to ‘Run For Peace’ in Sandakan |  Magahau festival well received in west Malaysia |  PCA hopes to get new building to meet service expansions |  Missing raw ingredients threaten local food preps |  Tun Juhar pays visit to Danawan Island ops base |  Sambutan Aidilfitri SK Sungai Lada meriah |  Penunggang motosikal maut dalam kemalangan |  PAS Sabah gesa kerajaan henti perkhidmatan syarikat urus bekalan elektrik kontrak di tiga kampung | 
 BM

Perintah berkurung di kawasan ESSZONE dilanjut hingga 6 Mei

Cpcurfew
SIDANG MEDIA ... Ramli (tengah) dan Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Azhar Mohd Hamin (kanan) semasa sidang media itu.

21st April, 2017

SANDAKAN: Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini (Khamis) dilanjutkan pada hingga 6 Mei 2017, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

“Perintah berkurung siri 63 berakhir hari ini (Khamis) pada pukul 6 petang dan perintah berkurung siri 64 akan dilanjutkan lagi hingga 6 Mei,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, di sini, kelmarin.

Beliau berkata pelanjutan perintah berkurung ini adalah memandangkan tindakan tersebut dilihat begitu berkesan dalam mengekang isu-isu penculikan dan keganasan di Pantai Timur Sabah.

Jelas beliau, usaha itu akan diteruskan lagi sehingga keselamatan dan keamanan telah terjamin.

“Dilihat sepanjang tahun ini, tidak berlaku sebarang insiden keganasan mahupun penculikan di kawasan berkenaan dan usaha ini akan diteruskan lagi sehinggalah keselamatan dan keamanan telah terjamin,” katanya.

Bagi perkembangan lain, beliau akan melihat kembali dan memberi arahan lanjut tentang perintah berkurung yang bermula 3 batu nautika dari persisiran pantai.

Beliau mengarahkan supaya pasukan penguatkuasa tidak mengambil tindakan terhadap nelayan-nelayan persisiran pantai yang keluar 3 batu nautika ke pantai.

“Saya akan melihat kembali dan memberi arahan lanjut tentang perintah berkurung yang bermula 3 batu nautika dari persisiran pantai.

“Saya akan arahkan dan tidak membenarkan pasukan penguatkuasa mengambil tindakan terhadap nelayan- nelayan persisiran pantai yang keluar 3 batu nautika ke pantai dan ini akan dikuatkuasakan.

“Perintah berkurung tersebut meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran,” katanya lagi. – OLEH ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse