Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Patuh prosedur kuarantin sebelum bawa masuk tumbuhan ke Sabah |  Dancing tourists at mosque – ministry weighs in |  SATTA to investigate viral video |  Ban by Likas mosque; no thanks to China tourists |  ‘Mixed blend of hulksters’ |  Brilliant Sabah U-19 squad notch up full points |  16-year-old Jessica shines again |  Deadly pest threat |  Kotinanan ngaavi kohigkangan natagan sumikap lijistol, monginvagu lisin: Yeo |  Tonudo prosedur kuarantin poguhui mogovit sumuang kavo poinsuni: Junz Wong |  Tutumombuhui tagahon naamot timpu momiombo id Mosogit Kakadazan Tagazo Kota Kinabalu |  KPLB papavakas Abaabazan Ekonomi Desa id Kadamaian |  Kebajikan, keselesaan rakan jadi keutamaan kerajaan baharu: Dr Daud |  Pelancong dilarang masuk melawat masjid untuk sementara waktu |  APM buka Pejabat Unit Pertahanan Awam di Pulau Sebatik | 
 BM

PDRM Sabah adakan Road March Band

21st April, 2017

SANDAKAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah akan mengadakan Road March Band bersempena Peringatan Hari Polis ke-210 tahun 2017, pada 22 April ini, pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Pancaragam yang julung-julung diadakan di Sabah khususnya di Sandakan ini akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, berkata, pelancaran program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan secara eksklusif kepada masyarakat umum khususnya di daerah ini tentang pancaragam PDRM yang terdiri daripada pegawai dan anggota PDRM kontinjen Sabah.

Selain itu, penganjuran ini katanya adalah satu inisiatif murni untuk mengeratkan serta mengukuhkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin antara PDRM dan masyarakat.

”Program ini diadakan sempena Hari Polis 2017, iaitu Polis dan Masyarakat berpisah tiada,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, di sini kelmarin.

Beliau berharap, penganjuran program ini mampu menjadi pemangkin kepada kewujudan komuniti yang proaktif malah efektif dalam memastikan negara serta negeri khususnya daerah ini aman dan sentosa.

Tambah Ramli, bersempena penganjuran majlis itu terdapat beberapa penutupan jalan bakal dilakukan di Bandar Sandakan ini.

”Program ini melibatkan perarakan pancaragam PDRM dari satu lokasi ke lokasi yang lain.. laluan akan bermula di Padang Bandaran Sandakan bergerak ke Stesen Bas Labuk dan berakhir di Piazza Harbour Mall,” katanya.

Antara jalan yang terlibat ditutup, sepanjang Jalan Elopura, Jalan Coastal, Jalan Pryer yang mana kedua-dua jalan ditutup.

Selain itu, jelasnya, lokasi pengambilan dan penurunan penumpang di Stesen Bas Labuk, Jalan Pryer akan ditutup dan dipindahkan buat sementara waktu di Jalan Pelabuhan Lama berhampiran kawasan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai yang datang ke majlis itu berkongsi kereta atau menggunakan pengangkutan awam ke kawasan bandar bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Juga, masyarakat awam yang menggunakan kenderaan sendiri dinasihatkan meletakkan kereta di tempat letak kereta bertingkat di Menara Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan kawasan Harbour Mall.

”Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan majlis ini yang julung-julung diadakan di Sabah khususnya di Sandakan,” ujarnya. – OLEH ALIZA ALAWI

   
Email Print
   
 
 
E-browse