Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Perkeso Keningau pinapahabus 13 kompaun kigatang RM10,000 |  Tempuhi kehidupan baru dengan penuh keinsafan: Rahim |  Peniaga bazar Ramadhan perlu tingkatkan kebersihan |  50 peserta jayakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Muzakirullah |  Indeks jenayah daerah Kudat turun |  SESB minta pengguna tidak tiru perbuatan usik meter elektrik |  PDRM Ranau fokus keselamatan sepanjang musim perayaan |  ESSZONE: Perintah berkurung dilanjut hingga 9 Julai ini |  David May cancels special guest appearance |  Teacher, technician sent to the gallows for drugs |  Tonny Chew re-elected as STA chairman |  State autonomy through parliamentary reform: DAP |  Self-check in, arrive early to avoid congestion – AirAsia |  Switch off and unplug: SESB |  RCI awaits approval on recommendations | 
 BM

Ops SAR anggota KD Perantau diteruskan di perairan Bintulu

21st April, 2017

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) anggota KD Perantau disyaki jatuh laut di perairan Bintulu, Sarawak masuk hari keempat kelmarin.

Menurut kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, pencarian dilaksanakan dengan penambahan keluasan pencarian kepada 5,625 batu nautika persegi iaitu 25 batu nautika barat daya dari Bintulu, namun tiada sebarang penemuan.

“Aset-aset TLDM yang masih berada di kawasan pencarian adalah KD Selangor, KD Perantau, KD Serang dan MV Mega Bakti.

“Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang turut terlibat (dalam pencarian) adalah KM Semilang dan KM Siakap dari Bintulu,” kata kenyataan itu.

Pasukan Polis Marin juga turut serta dalam usaha pencarian itu melibatkan aset PSC 56 di pesisir perairan Bintulu dan aset PA 1 di pesisir perairan Miri, sementara pesawat Super Lynx milik TLDM dan Beechcraft B200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) turut membantu dalam operasi tersebut.

Anggota terbabit disedari hilang selepas tidak hadir ke perbarisan wajib rutin harian kira-kira 9 pagi pada 17 April lepas dan kali terakhir dilihat berada di bilik rehat kapal itu pada 7.15 pagi ketika dalam pelayaran pulang ke Pangkalan TLDM Lumut dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar.

KD Perantau yang membawa kira-kira 80 anak kapal berada di Sabah dan Sarawak selama enam hari selepas melaksanakan ujian penerimaan sistem pengukuran hidrografi. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse