Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

YS BERIKAN POTONGAN 20% KEPADA PEMINJAM

21st April, 2017

KOTA KINABALU: Hutang terkumpul pinjaman pendidikan terhadap Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) sejak skim itu dimulakan pada awal 1970-an berjumlah RM100 juta.

Mereka yang masih berhutang dan masih membayar balik sehingga kini berjumlah 5,000 peminjam. Dan kebanyakan peminjam ini terdiri dari profesional.

Dalam hubungan ini KYS telah menawarkan rebet 20 peratus kepada mereka yang masih berhutang untuk menjelaskan hutang- hutang mereka.

Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Ahmad berkata langkah ini untuk menggalakkan mereka yang berhutang boleh menjelaskan hutang sepenuhnya.

Beliau berkata para peminjam boleh menjelaskan pinjaman mereka semasa roadshaw ‘ YGS Bertemu rakyat” yang dijadualkan diadakan pada 22-23 April ini di kompleks membeli belah Imago Mall di sini.

“Peluang seumpama ini jarang diberikan dan pembayaran sepenuhnya amat digalakkan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Sapawi sementara itu berkata tetamu khas dengan penampilan artis Fizo Omar yang juga seorang usahawan yang berjaya juga akan diadakan.

Fizo Omar, katanya, akan berkongsi pengalaman dengan orang ramai- apabila pernah berhutang RM8 juta sehingga menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan empat perniagaan sekarang- yang turut membabitkan Hot Burger Malaysia.

Beliau berkata program itu juga akan bertemu dengan rakyat terutama golongan belia dengan memberikan penerangan tentang hala tuju dan mengetahui aspirasi mereka.

“Program ini juga akan digunakan tempat untuk semua rakyat dari segenap lapisan untuk bertemu dengan kita dan mendapatkan maklumat terkini dalam usaha kita meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia di Sabah,” kata Sapwi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse