Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Dabra Sia magangat tambalut artis mamalan ababayan kotundunan |  Sabah mangatag kategori lahan kotombuhuzan habus kakadazan tuidongon |  Lelaki warga asing ditahan, dadah dirampas |  Wisma Kastam Labuan berwajah baharu |  Program Libat Urus Terbuka harus dimanfaat: Ab Rashid |  Foreigner with crystal meth nabbed |  ‘Sabah’s diverse society remains a vital ingredient’ |  FCAS ready to build Wisma Zhong Hua if there is land |  Outstation express bus services kick off operations at KK Sentral |  To dam or not to dam |  SM Lok Yuk shuttlers rule |  108 extreme athletes participate in tournament |  Labuan fans treated to MMA action |  Open opportunity to discuss tennis development |  Non-performing loans to rise 98 pct | 
 BM

Operasi projek bekalan elektrik di Litang, Sukau masih berdepan jalan buntu

1st April, 2017

KOTA KINABALU: Perbincangan bagi menentukan bermulanya operasi menyalurkan bekalan elektrik di seluruh Kampung Litang, Sukau melalui Projek Penyediaan Penjanakuasa Elektrik Luar Bandar bernilai RM2 juta yang sudah empat tahun tertangguh selepas disiapkan, masih berhadapan jalan buntu apabila Sabah Eletricity Sdn Bhd (SESB) menjelaskan belum menerima hampir kesemua dokumen disyaratkan kepada pihak pemaju terbabit.

Perbincangan dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman bagi mendapat penjelasan SESB berhubung isu itu buntu, selepas agensi itu mengaku belum menerima sekurang-kurangnya sembilan jenis dokumen berkaitan, termasuk sijil pendudukan untuk membolehkannya mengambilalih pusat dan menyalurkan bekalan kepada lebih 50 kediaman setempat.

Ketua Jurutera Projek Luar Bandar di Bahagian Projek Utama SESB Sabah, Suadi Wahab berkata, pihak kontraktor yang telah menyiapkan projek sejak 2013 belum menyerahkan dokumen itu, lebih-lebih lagi dokumen Sijil Menduduki Pusat berkenaan (FOC) yang wajib diperolehi daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Pihak SESB telah mengadakan beberapa perbincangan dengan kontraktor dan Felcra sebelum ini. Pihak kontraktor telah berjanji untuk menyerahkan beberapa dokumen penting berkenaan selewat-lewatnya 24 Mac lepas. Tetapi sehingga hari ini, kami belum memperolehi hampir kesemuanya,” kata Suadi ketika menjelaskan perkara itu.

Beliau menyatakan demikian selepas Saddi yang juga Pengerusi KPD, menyuarakan keresahannya berhubung isu kelewatan pusat penjanakuasa bebas luar bandar itu, selepas menerima Majlis Kunjungan Hormat oleh pihak Pengurusan Ibu Pejabat SESB di pejabatnya, Wisma Pertanian di sini petang Jumaat.

Turut serta dalam kunjungan itu Pengurus Besar Penjanaan SESB, Razak Salleh, Pengurus Besar Komunikasi Korperatnya, Puan Chenderamata Hj Sinteh, Pengurus Kanan Stakeholder Engagement SESB, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sukau, Amirudin Mohd Damit dan Ketua Anak Negeri Daerah Kinabatangan, Awang Ahmad Hj. Ongkang dan Penolong Pegawai Tadbir wakil rakyat itu Abdul Ghafar Ismail dan beberapa pegawai SESB.

Ketiadaan pihak kontraktor dan agensi berkenaan, kata Suadi memang amat menyukarkan pihak SESB menangani isu kelewatan operasi bekalan elektrik tersebut, terutama dalam mendapat hak secara sah bagi mengambilalih pusat bekalan elektrik luar bandar yang diperuntukkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia itu.

Tambah Suadi, selain pihak Jabatan Bomba, beberapa dokumen yang perlu dikeluarkan oleh agensi seperti Bahagian Penguatkuasa Perdagangan Dalam N egeri dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan laporan-laporan teknikal berkaitan tapak projek, jenis-jenis peralatan dan penjanakuasa digunakan, perlu diperolehi pihak SESB demi kebaikan dan keselamatan pihak pengguna terlibat.

Saddi turut menjelaskan, keterangan hanya mewakili di satu pihak itu tidak memadai untuk mendapatkan keputusan tepat dalam menangani isu berkenaan.

Oleh yang demikian, beliau mencadangkan supaya diadakan semula mesyuarat berkenaan dengan turut meminta kehadiran pihak kongtraktor dan agensi persekutuan yang terlibat bagi mendapatkan penyelesaian konkrit. Saddi berkata, beliau akan meminta Pegawai Daerah Kinabatangan untuk mengendalikan mesyuarat berkenaan termasuk mengundang semua pihak berkepentingan demi penyelesaian diharapkan.

“Pada saya penjelasan dan cadangan berhubung isu itu daripada semua pihak amat diperlukan, lebih-lebih saya masih ‘hujani’ pertanyaan khususnya daripada rakyat mewakili kawasan Litang dan Sukau berhubung perkara ini,” katanya yang mengakui tidak pernah mengetahui bekaitan perlaksanaan projek tersebut, walaupun kerap kali melakukan lawatan kerja ke Litang.

Beliau menjelaskan, beberapa komen liar penduduk Litang di halaman watsapp penduduk telah menyebabkan beliau membuat lawatan mengejut ke pusat janakuasa bebas di maksudkan itu dua minggu lepas dan terkejut dengan kewujudan projek penting itu.

   
Email Print
   
 
 
E-browse