Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelbagai acara dipertandingan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan SK Lingga Baru |  Jangkauan Seni Budaya Seni Berbahasa pamer bakat asli |  200 peserta Pedalaman Atas sertai Program Kem Diabetes, NBOS6 |  Permainan tekan dada diharam di sekolah |  Guna internet dapatkan maklumat kesihatan warga emas dikaji |  JBPM Labuan akan terus tingkat latihan kesiapsaigaan libatkan pelbagai agensi |  Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan |  Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah |  Peniaga muda perlu diberi sokongan berniaga di bazar |  SRS 1Malaysia mantapkan tahap keselamatan komuniti |  Rozman mahu kekerapan ganguan bekalan elektrik dan air dikurangkan |  Perancis akan bawa Festival Perancis di Sabah April 2018 |  Musa minta ahli Umno semua peringkat kukuh kerjasama |  Remaja dikhuatiri lemas, kereta dihanyut arus lebih 100 meter |  Kematian Ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan | 
 BM

Ahmad & Siti Faizah wakili Tuaran

21st March, 2017

AHMAD Haji Dullah dan Siti Faizah Dullah, terpilih mewakili Persatuan Bajau Sama Cawangan Tuaran dalam pertandingan akhir lagu-lagu Bajau Sama peringkat Negeri Sabah, yang bakal berlangsung pada 25 Mac nanti di Kampung Lok Batik Tuaran.

Dalam pemilihan akhir yang diadakan pada 19 Mac 2017 bertempat di Balairaya Kampung Lok Batik Tuaran, Ahmad yang membawakan lagu Atai Landu Pedih menjadi johan sementara Siti Faizah yang membawakan lagu Petua Ku memenangi Naib Johan.

Seramai 20 peserta telah menyertai pertandingan itu Pelleh Nasi, Mudkamis Segar @ Sekam (Kg. Gayang), Zumatin Taim (Kg. Lok Batik), Mohd. Hazrin Samun (Kg. Kindu), Samlih Laiman (Kg. Indai), Kasmir Matdi (Kg. Sabah Baru), Nuralieza Asli, Farrah Haji Jaat, Natasha Asli (Kg. Tajau), Kelana Mualam (Kg. Gayang), Alias Ris (Kg. Bantayan), Bakri Pating (Kg. Berungis), Ahmad Haji Dullah (Kg. Berungis), Haji Juen Dul Minin (Kg. Giling), Md. Asdi Samat, Basri Tudiki, Erwan Tiong (Kg. Mengkabung), Siti Faizah Dullah (Kg. Simpangan), Jalali Merin (Kg. Kindu) dan Nurul Aziatul Noorkafli (Rancangan Perumahan Laya-laya).

Sementara itu Pengerusi Persatuan Bajau Sama Cawangan Tuaran, Haji Noorzain Haji Tawi ketika merasmikan pertandingan itu menjelaskan ianya akan diadakan acara tahunan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang nyanyian.

Menurut beliau pertandingan itu akan menjadi satu tarikan terutama pelancong kerana setiap peserta akan memakai kostum Bajau Sama.

Beliau percaya dengan memakai pakaian suku kaum Bajau Sama juga akan ianya menjadi tarikan dan sekali gus mempromosikan kebudayaan Bajau Sama.

Noorzain yang juga Pegawai Penerangan Persatuan Bajau Sama Sabah menyarankan setiap cawangannya yang berada di negeri ini agar dapat memperbanyakkan kegiatan dan mempromosikan kebudayaan Bajau Sama bagi membantu Kerajaan menjana ekonomi Negara.

“ Budaya menunjukkan bangsa yang kaya dengan adat dan pusaka lama dan hanya mereka yang berjiwa besar tidak pernah jemu untuk memartabatkan budaya bangsanya.”

Seterusnya Noorzain berharap bangsa Bajau Sama akan terus mengekalkan seni dan budayanya melalui pelbagai program.

“Kita mesti berbangga dengan seni dan budaya kita sendiri kerana ianya secara tidak langsung menunjukkan cara hidup kita yang di penuhi nilai murni, sopan santun dan menghormati orang lain.”

Sementara itu Pengerusi Penganjur, Annuar Baki menjelaskan, seni dan budaya bukan hanya hiburan semata-mata, tetapi adalah cermin diri setiap bangsa itu sendiri.

“Mereka yang cintakan budaya bangsanya adalah mereka yang sentiasa ingat asal usulnya walau di mana saja mereka berada.”

Menurut Annuar, supaya masyarakat Bajau Sama dapat menghayati dengan lebih mendalam akan pelbagai seni dan budayanya, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk tampil dengan mempromosikan kebudayaan dan kesenian bangsa Bajau Sama agar tidak mati di telan zaman.

Kompleks Persatuan Bajau Sama Sabah akan disempurnakan perletakan batu asasnya oleh Datuk Seri Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah pada 25 Mac 2017, 8 pagi bertempat di Kampung Batik Tuaran.

   
Email Print
   
 
 
E-browse