Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelbagai acara dipertandingan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan SK Lingga Baru |  Jangkauan Seni Budaya Seni Berbahasa pamer bakat asli |  200 peserta Pedalaman Atas sertai Program Kem Diabetes, NBOS6 |  Permainan tekan dada diharam di sekolah |  Guna internet dapatkan maklumat kesihatan warga emas dikaji |  JBPM Labuan akan terus tingkat latihan kesiapsaigaan libatkan pelbagai agensi |  Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan |  Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah |  Peniaga muda perlu diberi sokongan berniaga di bazar |  SRS 1Malaysia mantapkan tahap keselamatan komuniti |  Rozman mahu kekerapan ganguan bekalan elektrik dan air dikurangkan |  Perancis akan bawa Festival Perancis di Sabah April 2018 |  Musa minta ahli Umno semua peringkat kukuh kerjasama |  Remaja dikhuatiri lemas, kereta dihanyut arus lebih 100 meter |  Kematian Ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan | 
 BM

Nasib penghidap paru-paru tahap empat dapat perhatian syukbah wanita MBR

21st March, 2017

BAK kata berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Peribahasa dan ungkapan seumpama itu menepati suasana apabila dikaitkan dengan kehidupan sesetengah pesakit tidak kira di mana jua dan jenis penyakit yang dideritai.

Dalam konteks ini tidak terkecuali Puan Rusini Alidin yang menghidap penyakit kanser paru-paru tahap empat.

Rusini menetap di Perkampungan Lapasan Sepanggar, Kota Kinabalu, agak terasing. Tidak berjiran. Tiada teman untuk dipanggil, semasa kecemasan, jika memerlukan pertolongan. Apa tidaknya ketika suami keluar bekerja dan anak-anak ke sekolah Rusina terpaksalah bersendirian di rumah.

Pun begitu, dalam keadaan sakit, Rusini (36), selain perlu menyiapkan kerja rumah rutin harian, Rusini juga berusaha memperuntukkan masa membuat aktiviti perekonomian seperti menyediakan kuih-muih dan membakar biskut untuk dijual. Paling tidak dapat membantu suami yang berpendapatan tidak menentu.

Kos rawatan, membiayai persekolahan anak-anak, belanja dapur, dalam suasana sara hidup yang tinggi dan pelbagai yang rata-ratanya memerlukan wang. Sumber untuk jana pendapatan keluarga perlu diterokai.

Hasil perkongsian hidupnya dengan suami mereka dikurniakan empat cahaya mata. Anak-anak perlu diberi pendidikan sebaik mungkin. Ilmulah yang jadi bekalan mereka warisi untuk mengharungi hari-hari mendatang. Tiada harta pusaka dan kekayaan untuk ditinggalkan.

Memang sedih apabila memikir nasib dan hala tuju anak anak nanti. Namun Rusini redha dengan penentuan ini.

Tabah, tenang, berpegang kuat kepada prinsip andai menderita dan susah, sebenarnya masih ramai lagi yang lebih derita, lebih susah dengan penuh kesedihan berbanding diri sendiri. Menginsafi perkara ini menjadikan seseorang semakin bersyukur kepada Allah dan semakin prihatin terhadap insan-insan yang berhajat dan memerlukan.

Semangat dan kegigihan Rusini wajar dijadikan contoh teladan semasa meniti kehidupan ini.

Hal ini diceritakan Pengerusi Syukbah Wanita Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBR), Datuk Hajah Suzain Datuk Haji Suhaimi selepas menziarahi Rusini di Kampung Lapasan dengan pasukannya.

Dalam kunjungan itu Puan Rusini dihadiahkan kelengkapan dan peralatan membuat kuih muih serta keperluan lain sumbangan syukbah wanita MBR.

Menyedari dan ambil iktibar tren ini, MBR mewujudkan squad care of terminally ill (COTI) lebih 10-tahun lalu. Ia bertujuan membantu mana mana pesakit sekadar yang terdaya. Datuk Dr Suzain berkata, ramai di antara pesakit pesakit kronik dari kalangan keluarga yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau MBR mengambil peranan dalam lingkaran keupayaan meringankan beban pesakit-pesakit dan keluarga seperti itu.

Katanya dengan melawat, memberi rawatan dan meninjau suasana pesakit boleh menimbulkan kesedaran. Sungguh menyayukan hati. Sebak di dada boleh menitiskan air mata.

Menurut Dr Suzain kunjungan juga dilihat sebagai terapi dalaman untuk menggembirakan para pesakit selain ubat ubatan.

Beliau berkata, program MBR ini sudah berjalan lancar sejak sekian lama.

Katanya Squad COTI dianggotai krew yang sangat prihatin dan amat dedikasi melaksanakan amanah ini. Sehingga sanggup mengetepi keselesaan diri sendiri.

Dr Suzain berkata mereka gembira dengan memberi pertolongan kepada yang memerlukan pembelaan terutama pesakit pesakit yang jauh dari sanak saudara masing masing dan hidup sebatang kara.

   
Email Print
   
 
 
E-browse