Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Lima kertas kerja dibentang sempena Hari Sastera Negara ke 17

21st March, 2017

OLEH: JAINUDIN DJIMIN

LABUAN: Sebanyak lima kertas kerja berjaya dibentangkan sempena Sambutan Hari Sastera Negara kali ke 17 yang diadakan di Labuan selama tiga hari berakhir pada Ahad.

Majlis yang diadakan di Bilik Perdana, Tingkat 11, Menara Perbadanan Labuan bermula pada Jumaat itu telah membentang kertas kerja pertama bertajuk, Nilai Budi, Integriti dan keselamatan Negara Dalam Sektor Awam dan Swasta yang disampaikan oleh tiga ahli panel diketuai oleh Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan di bantu oleh Anuar Ahmad dari Institut Integriti Malaysia dan wakil dari Cawangan Khas PDRM, Bukit Aman.

Diikuti pembentangan kertas kerja sesi kedua yang bertajuk Pemikiran Penulis Muda Transformasi Nasional: Sastera Kebangsaaan yang menampilkan empat ahli panel diketuai, Jawatankuasa Kerja GAPENA Dewan Bahasa Pustaka Sarawak, Jaafar Hamdan dibantu oleh, Penulis Skrip Drama TV, Mohd Fairus Mhd. Padoli dan Penulis muda Sabah Ahli BAHASA, Hasmin Azroy Abdullah.

Sementara itu, Jawatankuasa Kerja GAPENA, Datuk Dr. Zainal Kling menampilkan Kertas Kerjanya yang bertajuk Tranformasi Nasional dan Sastera Kebangsaan.

Turut membentangkan kertas kerja sempena sambutan Hari Sastera Negara ke 17 itu ialah, Pengarah Pengembangan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa Pustaka, Hajah Padilah Haji Ali dengan kertas kerja Transformasi: Peranan Sasterawan, Budayawaan dan Gerakan Sastera.

Tiga ahli panel yang turut terlibat dalam pembentangan kertas kerja tersebut ialah Presiden BAHASA yang juga Jawatankuasa Kerja GAPENA, Jasni Matlani, Pensyarah Universiti APM yang juga Bendahari GAPENA, Prof. Madya Dr. Hashim Ismail dan Setiausaha Satu PUTERA, Sarawak, Jaya Ramba.

KertaS Kerja terakhir bertajuk Transformasi Sastera dan Perpaduan Serantau di sampaikan oleh Ketua Yayasan Sagang, Pekan Baru Riau Indonesia yang juga Ketua Kesenian Riau Indonesia.

Sambutan Hari Sastera Negara ke 17 telah dihadiri 200 peserta yang melibatkan para pengarang, sarjana dan peminat Bahasa, sastera dan budaya serantau dari Semenanjung, Sabah, Sarawak, Brunei dan Riau Indonesia.

Sementara itu, majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Datuk Isli, manakala majlis penutupan disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus sempena Majlis Kenduri Sastera Negara ke-17 yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Bedaun, pada Ahad.

Hadir sama pada majlis perasmian itu selain daripada Haji Yunus adalah Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif; Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pengembangan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Hajah Padilah Haji Mohd Ali, Ketua Yayasan Sagang, Pekanbaru, Riau/Ketua Dewan Kesenian Riau, Kazzaini Ks, Presiden BAHASA/Jawatankuasa Kerja GAPENA, Jasni Matlani dan Pengarah Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan, Mahatir Abd Hamid.

Hari Sastera ke-17 dianjurkan bersama oleh Perbadanan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan GAPENA. Manakala kerja-kerja penyelenggaraan dikelolakan oleh GAPENA bersama badan-badan gabungannya PERWILA, BAHASA, DBP Cawangan Sabah dan jabatan-jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse