Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Noor Arizan bontugan Sodop Sugandoi All Star Hospital Tuaran 2017 |  KRT Taman Nikmat pinapaharo ‘doa selamat’ monuau korikotan wulan Ramadan |  PAKALAJA POLINTA PINOKIANU POPOINGKAVAS DO TOIHAAN DIGITAL |  Program SHIELDS beri pendedahan kepada pelajar bahaya dadah |  KM: Adau Kokotuan landasan terbaik bina integrasi rakyat di Sabah |  Unit khas polis ESSZONE akan terima RPG baru |  88 PATI ditahan dalam Ops Bersepadu Khas siri 2 |  Ramadan bentuk insan bertaqwa |  Bangunan baharu PPI dan PIPS penuhi keperluan kakitangan akademik UMS: Naib Canselor |  ESSCOM sentiasa laksana operasi di ESSZONE setiap hari tanpa gagal |  SEORANG MAUT, 2 PENGSAN TERHIDU ASAP BERACUN |  Ford Malaysia rolls out host of treats for East Malaysian customers |  Asyraaf demands better show from players |  Korean duo in line for tonight’s clash |  One died, two injured after inhaling toxic fumes | 
 BM

Mobile CTC bantu sampai khidmat kerajaan kepada penduduk luar bandar

2003_mobile_2
PENYAMPAIAN BR1M ... Masiung turut menyampaikan bantuan BR1M kepada salah seorang penerima sempena program tersebut.

21st March, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Pusat Transformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC) merupakan salah satu daripada inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bertujuan untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan utama dan tertentu kepada penduduk luar bandar serta komuniti pedalaman.

Ia juga selaras dengan pelaksanaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) bagi komuniti bandar serta transformasi luar bandar..

Demikian menurut Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Masiung Banah pada perasmian Program Mobile CTC di Dataran Rakyat Pekan Tongod, dekat sini, Sabtu lalu.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut itu berkata Mobile CTC akan dapat membawa transformasi sosial kepada rakyat demi kesejahteraan negara.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan melalui Unit Strategi Nasional (NSU) telah diamanahkan untuk menyelaraskan penubuhan dan pelaksanaan program-program Mobile CTC yang bertujuan untuk mendekatkan perkhidmatan penting kepada rakyat jelata.

Katanya, dalam erti kata lain pihak kerajaan sememangnya berhasrat untuk ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ dan turun padang bagi menyelami hasrat dan keperluan rakyat.

Jelasnya, pada tahun lepas sebanyak 16 program Mobile CTC telah dilaksanakan dengan jayanya yang mana lapan program adalah anjuran Perbendaharaan Malaysia Sabah dengan kerjasama pihak Pejabat Daerah.

“Perkhidmatan Mobile CTC dan Program Mobile CTC merangkumi lima komponen utama antaranya menyediakan perkhidmatan kerajaan, memberi penerangan serta kesedaran mengenai dasar dan program kerajaan, menyediakan platform untuk membolehkan bantuan kerajaan disalurkan terus kepada kumpulan sasar, menyediakan peluang keusahawanan kepada penduduk tempatan dan menghimpunkan rakyat pelbagai peringkat dan kaum melalui aktiviti sukan, sosial serta sukarelawan.

“Bagi Program Mobile CTC di Tongod pada kali ini, saya dimaklumkan lebih 25 Jabatan dan Agensi Persekutuan serta Negeri terlibat dalam menawarkan perkhidmatan mereka,” kata Masiung.

Beliau menambah usaha mengadakan program ini di daerah Tongod merupakan satu keputusan yang amat bertepatan bagi membolehkan penduduk setempat dan juga kawasan berhampiran mendapatkan perkhidmatan berkaitan kerajaan dengan mudah dan cepat terutama sekali mengenai pendaftaran kelahiran anak, pendaftaran lewat dan juga perkhidmatan mahkamah bergerak.

Harapannya agar penduduk sekitar Tongod termasuklah daerah-daerah yang berhampiran dapat mengambil peluang dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.

Sempena Program Mobile CTC ini, turut diadakan penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penduduk setempat.

Hadir sama dalam program tersebut Pegawai Daerah Tongod Merangkap Pengerusi Bersama Program Mobile CTC Transformasi Komuniti Bergerak Peringkat Daerah Tongod 2017, Robert Stidi; Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah Mewakili Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah, Khairul Aminus Kamaruddin; Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sabah Dato’ Ismail Ahmad; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kuamut, Laising Podok dan Ketua-ketua Jabatan Negeri serta Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

   
Email Print
   
 
 
E-browse