Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

Ketua Polis temui Ketua-Ketua Kampung Zon Balai Polis Lubok Temiang

21st March, 2017

LABUAN : Ketua Polis (KP) Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Adzhar Otman mengadakan pertemuan dengan 10 Ketua-Ketua Kampung Zon Balai Polis Lubok Temiang, Ahad lalu.

Seramai 10 ketua kampung yang terlibat dalam pertemuan yang diadakan di balai raya Kampung Batu Manikar itu ialah, Ketua Kampung Lubok Temiang, Nordin Ahmad, Ketua Kampung Ganggarak, Ali Mohd Han, Ketua Kampung Lajau, Mohammad Haji Jakob, Ketua Kampung Tanjung Aru, Haji Harun Damit, Ketua Kampung Pohon Batu, Dasuki Haji Zainal, Ketua Kampung Bukit Kuda, Haji Mustapha Tangkim, Ketua Kampung Kerupang, Kasdi Kurdi, Ketua Kampung Batu Manikar, Ismail Samad dan Ketua Kampung Pantai, Haji Ismail Haji Yusof.

Turut hadir pada majlis itu, Ahli Jawatankuasa Keselamatan kampung (JKKK) Kampung Batu Manikar dan Jururawat Desa Kampung Batu Manikar.

Menurut Adzhar, pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan isu-isu keselamatan yang terdapat di kampung dan langkah pencegahan jenayah yang boleh diambil tindakan bersama PDRM dan juga ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kampung.

“Pertemuan ini juga bertujuan untuk menyampaikan mesej bagi pengurangan kadar jenayah yang ada di kampung masing-masing disamping mempertingkatkan rondaan oleh anggota KRT, AJK Biro Keselamatan yang ada sambil dibantu oleh PDRM” katanya.

Pada masa yang sama pertemuan yang diadakan dalam suasana mesra itu dapat memberi kesedaran kepada setiap ketua kampung mengenai pentingnya menjaga keselamatan kampung masing-masing dari krisis gejala sosial seperti jenayah dadah, ‘mat rempit’ dan juga isu pendatang tanpa izin.

Beliau juga turut menekankan keselamatan harta benda dan tindakan hak mempertahankan diri terhadap harta dan nyawa mengikut undang-undang.

Turut diadakan sesi dialog dan penyerahan pamlet pencegahan jenayah. -OLEH JAINUDIN DJIMIN (jainudin@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse