Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Pemuda ditahan mencuri di kedai emas di Kudat

21st March, 2017

KUDAT: Seorang lagi lelaki berumur 20 tahun dicekup polis kerana mencuri emas di kedai emas di sini.

Ketua Polis Daerah Kudat Supritendan Polis Douglas Nyeging Taong berkata, pada 17 Mac lepas lebih kurang jam 2.38 petang di syarikat Perniagaan Hing Wang Pekan Lama di sini telah didatangi oleh seorang lelaki yang ingin membeli emas di kedai pengadu.

Katanya, pekerja pengadu telah mengeluarkan seutas rantai tangan untuk dilihat oleh lelaki tersebut.

“Lelaki itu telah membawa lari rantai tangan tersebut keluar dari kedai pengadu dan menaiki sebuah Toyota Hilux Vigo berwarna hijau kemudian melarikan diri.

Bertindak atas maklumat katanya, pada hari yang sama lebih kurang jam 655 petang, pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kudat telah menangkap seorang lelaki di tepi jalan Kg. Rampai Selatan Sikuati dekat sini.

Bercakap kepada media di sini Douglas berkata, hasil soal siasat awal tangkapan mengaku telah mencuri seutas gelang tangan emas di kedai emas Hing Wang Pekan Lama Kudat dengan menyamar sebagai pembeli dan telah menjual gelang emas tersebut di sebuah kedai emas di Kota Marudu dengan menaiki kereta jenis Toyota Hilux warna hijau itu.

Douglas memberitahu, Bertindak atas pendedahan suspek pemeriksaan pemeriksaan telah dibuat di sebuah Kedai Emas Fasa, DMD Building, Kota Marudu dan telah merampas seutas gelang tangan emas yang disyaki dijual oleh suspek dengan harga RM1,800.

Jelasnya, pemilik kedai didapati telah mengeluarkan resit bagi pembelian gelang emas itu dan terdapat nama dan nombor kad pengenalan suspek tertulis di resit tersebut.

Turut dirampas bersama seutas emas, sebuah dompet jenama Nike, wang tunai RM1,000, sebuah kereta Toyota Vigo warna hijau nombor pendaftaran SK6468 berserta kunci kenderaan.

Suspek ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan turut disiasat dibawah Seksyen 15 (1)© Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah. -OLEH MARUTIN ANSIUNG (marutin@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse