Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Kerajaan sentiasa beri kepercayaan institusi penjara pulihkan penghuni

210317-lead-6a
MANTAP ... Zakaria bersama-sama Zulkifli dan anggota jabatan penjara yang lain memberikan pos istimewa sempena Majlis Sambutan Hari Penjara Kali Ke - 227 ini

21st March, 2017

OLEH ROZZALIN HASHIM

SANDAKAN: Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris berkata pihak kerajaan negeri sentiasa memberi kepercayaan dan meletakkan harapan kepada institusi penjara dalam memulihkan penghuni institusi tersebut.

Menurut beliau, institusi ini yang sentiasa memastikan tahap kesiapsiagaan berterusan sepanjang penahanan dan perbicaraan kes membuktikan institusi penjara komited dalam usaha melaksanakan tugas yang diamanahkan negara.

Beliau berkata, kewujudan institusi sebagai satu organisasi keselamatan dan pemulihan penting serta relevan khususnya dalam mendepani cabaran jenayah yang bukan sahaja dilakukan golongan kolar putih malah golongan kolar biru dan individu berprofil tinggi serta berpengaruh.

Katanya, kolaborasi antara pemimpin, institusi penjara dan agensi serta masyarakat perlu dilipatgandakan demi kesinambungan usaha ke arah melahirkan masyarakat berkualiti dan berjaya.

Zakari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Penjara Malaysia Kali Ke – 227 Peringkat Zon Sabah / Wilayah Persekutuan Labuan di Penjara Sandakan, dekat sini, kelmarin.

Turut hadir sama adalah Pengarah Penjara Sandakan, Zulkifli Abdul Manah dan beberapa pegawai penjara serta tetamu jemputan lain.

Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum itu berkata pada masa kini institusi penjara menempatkan pelbagai kategori banduan dan pesalah yang memerlukan pemulihan serta deradiklisasi khususnya penghuni yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Di kesempatan itu, beliau mewakili kementeriannya turut mengucapkan setinggi syabas dan terima kasih kepada Jabatan Penjara Malaysia yang sentiasa memastikan tahap kesiapsiagaan pada setiap masa.

Jelasnya, tugasan ini bukan perkara yang mudah begitu pun ia merupakan satu amanah negara yang mesti dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Pada majlis berkenaan menyaksikan seramai 13 anggota Institusi Penjara Sandakan menerima kenaikan pangkat, 55 lagi anggota diberikan pingat jabatan selain penyampaian sijil pelajar cemerlang serta penyampaian sijil kepada badan bukan kerajaan (NGO).

   
Email Print
   
 
 
E-browse