Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelbagai acara dipertandingan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan SK Lingga Baru |  Jangkauan Seni Budaya Seni Berbahasa pamer bakat asli |  200 peserta Pedalaman Atas sertai Program Kem Diabetes, NBOS6 |  Permainan tekan dada diharam di sekolah |  Guna internet dapatkan maklumat kesihatan warga emas dikaji |  JBPM Labuan akan terus tingkat latihan kesiapsaigaan libatkan pelbagai agensi |  Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan |  Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah |  Peniaga muda perlu diberi sokongan berniaga di bazar |  SRS 1Malaysia mantapkan tahap keselamatan komuniti |  Rozman mahu kekerapan ganguan bekalan elektrik dan air dikurangkan |  Perancis akan bawa Festival Perancis di Sabah April 2018 |  Musa minta ahli Umno semua peringkat kukuh kerjasama |  Remaja dikhuatiri lemas, kereta dihanyut arus lebih 100 meter |  Kematian Ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan | 
 BM

Mini Karnival Fig dan Anggur Sabah 24-26 Mac ini

21st March, 2017

KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir menyaksikan Mini Karnival Fig dan Anggur Sabah yang akan diadakan pada 24 -26 Mac 2017 di Lintasan Deasoka, di sini.

Karnival yang dianjurkan oleh Kelab Rekreasi dan Kebajikan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (REKA DBKK) dengan kerjasama ‘Sabah Figs and Grapes Association’ (SFGA) merupakan salah satu acara pengisian sambutan Ulang Tahun Ke-17 Bandaraya Kota Kinabalu.

Menurut Pengerusi Penganjur, Robert Lipon yang juga Pengerusi Kelab REKA DBKK, objektif utama karnival ini adalah untuk mempromosi tanaman pokok fig yang dikatakan mempunyai pelbagai manfaat kepada kesihatan manusia seperti memerangi sel kanser, mengawal berat badan, mengawal tekanan darah, memelihara kesihatan kulit, menguatkan imuniti terhadap serangan penyakit dan pelbagai khasiat lain yang diperolehi melalui buah atau daunnya.

Selain itu, karnival ini juga mempromosi gaya hidup sihat, hijau dan bersih dengan aktiviti berkebun. Sehubungan itu, pelbagai varieti anak pokok fig, produk dan peralatan untuk menanam fig akan dijual di karnival tersebut. Pelbagai aktiviti sampingan juga telah disusun bagi memeriahkan lagi karnival itu

Beberapa lot tambahan untuk gerai jualan Tamu Minggu Gaya turut dibuka bagi menceriakan lagi suasana karnival. Karnival itu dijangka akan dirasmikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai pada 26 Mac jam 9.00 pagi.

   
Email Print
   
 
 
E-browse