Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Hari jadi Rosario dan Ronney Bikin Panas RBP disambut meriah |  Bom ikan: APMM tahan dua lelaki warga asing |  Lahir generasi celik al-Quran, hafiz dan hafizah dari awal, kata Arifin |  Polis tahan lelaki miliki syabu bernilai RM1,800 |  Polis serbu premis pemberi pinjaman wang tanpa lesen, lima suspek ditahan |  Penduduk Bombong sambut baik inisiatif pembangunan |  RCSC dijangka tingkatkan lagi hubungan M'sia, Russia |  Kerajaan Sabah beri jaminan pastikan kestabilan politik |  11 ditahan kerana terbabit dengan pengganas: KPN |  Jelius wary of Crocs backlash |  95 to participate in 50th MSS Athletics Championships |  Seniors add bite to State Juniors opener |  Malaysian, Indonesian & Bruneian poets win ASEAN poetry competition |  'Ops Vulture' uncovers Labuan’s first ‘ah long’ syndicate |  Public tip-off nets Beto the meth peddler | 
 BM

SM Stella Maris Tg Aru sumbang pelbagai jenis pakaian kepada Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

210317-sumbangan-4
TERIMA KASIH .... Penyerahan kutipan derma pakaian oleh Pengetua SM Stella Maris Tanjung Aru, Goh Kui Liang kepada Pengerusi AJK Masjid Hazmi Merdan di perkarangan MBR Likas.

21st March, 2017

KOTA KINABALU: Sekolah Menengah (SM) Stella Maris Tanjung Aru telah menyampaikan sumbangan derma pelbagai jenis pakaian kepada Masjid Bandaraya (MBR) Kota Kinabalu, menerusi Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral Sekolah tersebut, baru-baru ini.

Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Pengetua SM Stella Maris, Goh Kui Liang kepada Pengurus MBR, Hazmi Merdan di perkarangan MBR Likas, sini pada Jumaat lalu.

Goh memberitahu, pengagihan barangan tersebut merupakan hasil usaha sama gerak kerja Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang telah bergabung tenaga demi satu niat yang murni.

“Program seumpama ini bertujuan menanamkan nilai keprihatinan dan kasih sayang kepada golongan masyarakat yang memerlukan dalam kalangan pelajar dan seluruh warga sekolah ini,” katanya.

Tambahnya, kutipan melibatkan hampir dua ribu helai pakaian terpakai daripada warga sekolah itu mencakupi pakaian dewasa lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada mereka yang sudi menyumbang demi menjayakan usaha murni tersebut.

Selain menyumbang kepada masjid, pihak sekolah turut menyumbang kepada Gereja Stella Maris Tanjung Aru, dimana derma pakaian kepada rumah ibadat berkenaan telah disampaikan oleh Penolong Kanan 1, Theresa Soon.

Dalam pada itu, pihak MBR dan Gereja Stella Maris turut menghargai usaha serta sumbangan pihak sekolah tersebut dan berharap program murni sedemikian menjadi contoh kepada sekolah lain. -OLEH JOANES ROBERT JOHNNY (joanes@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse