Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
AADK Sandakan bincang usaha berterusan bantu OKP |  AADK Labuan tahan empat lelaki disyaki positif dadah |  Lelaki dipenjara 11 bulan, denda RM4,500 miliki MyKad palsu |  Kebakaran: Lima keluarga tinggal sehelai sepinggang |  Dua wanita, seorang lelaki dihukum penjara guna kad pengenalan palsu |  Karnival Usahawan Belia Ranau 25-27 Ogos depan |  Jabatan Arkib Negeri akan anjur pameran 24-31 Ogos ini |  TEDX beri peluang suarakan pandangan, idea |  Program Kembara Kerjaya Kebangsaan tawar 4,753 jawatan kosong |  AADK Lahad Datu tekad banteras salah guna dadah |  Christian hopes teammates can further raise their game |  Fathin ready to spring surprise |  Fake identity lands man in jail |  Woman gets 30 months’ jail for having fake IC |  Two Philippines nationals jailed for possessing fake MyKad, MyPR | 
 BM

Klinik Pergigian Bergerak tawar rawatan gigi seluruh rakyat

210317-lead-4b
KLINIK PERGIGIAN BERGERAK.....Salah seorang pengunjung membuat pemeriksaan pergigian di Klinik Pergigian Bergerak digital yang disediakan.

21st March, 2017

KOTA KINABALU: Dua Klinik Pergigian Bergerak kini bersedia menawarkan perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan pergigian kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata kaedah menggunakan dua bas itu selaras dengan matlamat hala tuju dan hasrat kerajaan untuk meningkatkan dan mempelbagaikan kaedah yang sesuai untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan pergigian.

“Salah satu daripada dua bas tersebut akan bergerak ke Daerah Tawau dan sedia memberikan rawatan pergigian kepada seluruh rakyat di Pantai Timur khususnya di kampung

“Selain itu, perkhidmatan klinik pergigian di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu, Tawau dan Keninggau adalah bukti kerajaan negeri komited memberi tumpuan terhadap kesihatan pergigian dalam kalangan rakyat.

“Kedatangan pesakit di Klinik Pergigian di UTC Kota Kinabalu, Sabah merupakan yang tertinggi di antara semua Klinik Pergigian di UTC yang terdapat di seluruh Malaysia.

“Justeru, kita berharap dengan pelbagai kemudahan fasiliti kesihatan ini, aksesibiliti perkhidmatan kesihatan pergigian kepada rakyat sabah dapat dipertingkatkan,” kata Musa.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ir. Edward Yong Oi Fah pada Majlis Perasmian Pelancaran Hari Kesihatan Pergigian Sedunia 2017 di Perdana Park, Tanjung Aru pada Ahad.

Turut Hadir, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr. Chow Kai Foo; Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Malaysia, Datuk Dr. Noor Aliyah Ismail; Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Sabah, Dr. Misliah Ahmad dan Pengerusi Penganjur Sambutan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia, Dr. Eileen Koh Mei Yen.

Sementara itu dalam sedia medianya, Edward berkata, Sabah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara sambutan Hari Kesihatan Pergigian Sedunia Peringkat Kebangsaan yang bertemakan ‘Pintar Jaga Mulut’.

Katanya, tema tersebut mempunyai makna yang cukup relevan kerana ia menitikberatkan keperluan seseorang individu untuk lebih memainkan peranan dalam menjaga kesihatan pergigian sepanjang hayat.

“Tujuan utama karnival ini adalah untuk menyampaikan kesedaran mengenai kesihatan gigi sekaligus mengurangkan jurang antara pengerahuan dan implimentasi dalam penjagaan mahupun rawatan gigi dan mulut.

“Memandangkan masalah kesihatan pergigian semakin mencabar, maka sasaran bagi kawalan penyakit kerosakan gigi, penyakit gusi dan kanser mulut dapat dibendung dengan penjagaan kesihatan mulut yang optimum seperti memberus gigi dengan ubat gigi berflorida dan mengamalkan pemakanan yang sihat”, jelas beliau.

Pada program itu, pelbagai aktiviti seperti edaran risalah dan brosur pendidikan kesihatan pergigian, pertunjukkan boneka, pameran kesihatan dan pergigian, sesi temuramah pakar-pakar pergigian serta pemeriksaan kesihatan gigi dan anggota badan secara percuma.

   
Email Print
   
 
 
E-browse