Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
POLICE HUNT SEVEN AFTER GUN RAIDS |  Mustapa: 90.5% of AEC measures implemented |  AirAsia introduces 'Baristas In The Skies' premium coffee |  Bina Puri unit gets RM123.32 million Sabah contract |  Ringgit likely to stay at 3.5 level in medium term |  HOMEDEC features special Showhome |  BSN to continue improving services, reduce congestion at all premises |  Kua lalaing ti bo nasauk ra intok pampatiuan takau ra kasangitan? |  KRT am JKKK maatang kaga’ koson mapasingkot ra rorondo’ intok takau sigagama: Radin |  Kopongimbayatan sukod wagu umampai ababayan komulakan kiguno poinlipaton |  BSN popoinsavat do kotoinaan om monguang kababahan |  Songuhun nopujulan kiniopon om duvo nosinduahan id kohigaganan |  TUU TUHUN OSUVON PULIS ID KIIS MINAGAAU KISANDATA |  Jabatan dan agensi k’jaan disaran pastikan kemudahan dapat dinikmati |  Nelayan diingatkan tidak upah PATI | 
 BM

KPD realisasikan penanaman vanilla scara komersil

20th December, 2007

BEAUFORT: Penanaman vanilla secara komersil di Sabah dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang berikutan peranan aktif Kor-porasi Pembangunan Desa (KPD) untuk mempelopori tanaman jenis rempah itu.

Menurut Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Hj Mansor, KPD telahpun membeli kira-kira 24,000 benih pokok dari syarikat pengusaha tanaman vanilla di Semenanjung dan kini di peringkat penyemaian di ladang KPD di Lumadan, dekat sini.

“Kira-kira enam bulan dari sekarang barulah KPD boleh me-lakukan penanaman sebenar,” ka-tanya.

Bagi tujuan itu, KPD telahpun menyediakan kira-kira 6,000 batang kayu sebagai pokok tumpangan tanaman vanilla di kawasan seluas tiga ekar di Lumadan, kata Datu Basrun.

Pengurus Besar itu berkata sebagai persediaan untuk merealisasikan matlamat penanaman vanilla secara ko-mersil di Sabah, KPD telahpun menganjurkan kursus penanaman vanilla selama dua hari yang disertai 65 peserta dari seluruh Sabah.

Katanya, kursus itu terpaksa dipercepatkan berikutan minat yang sangat menggalakkan di kalangan orang ramai yang ingin menceburi penanaman vanilla.

Kursus itu, antara lain, men-dedahkan para peserta mengenai cara-cara memulakan projek penanaman vanilla.

Para peserta juga didedahkan cara-cara penyediaan dan pemeliharaan anak benih serta penjagaan dan pembajaan pokok.

“Saya berharap para peserta kursus ini memperolehi pengalaman kemahiran asas untuk membantu mereka memulakan projek penanaman vanilla di kawasan masing-masing,” kata Datu Basrun.

Menurut beliau, vanilla jenis Planifolo Andrews telah dikenalpasti sesuai ditanam di Sabah.

Kursus itu dikendalikan Dr Mohd Noh Jalil, bekas pegawai penyelidik kanan Mardi serta terlibat dalam penanaman vanilla selama 17 tahun.

Turut memberi tunjuk ajar ialah Andree Funk, pengurus tanaman jangka pendek dan jangka panjang KPD.

Vanilla digunakan secara meluas dalam industri makanan, perubatan, kosmetik, wangian dan cat.

Awal tahun ini KPD telah memeterai perjanjian persefahaman dengan Rentak Timur Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempelopori penanaman vanilla di Malaysia, dimana KPD akan bertindak sebagai agen pelaksana penanaman vanilla secara komersial di Sabah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline