Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelbagai acara dipertandingan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan SK Lingga Baru |  Jangkauan Seni Budaya Seni Berbahasa pamer bakat asli |  200 peserta Pedalaman Atas sertai Program Kem Diabetes, NBOS6 |  Permainan tekan dada diharam di sekolah |  Guna internet dapatkan maklumat kesihatan warga emas dikaji |  JBPM Labuan akan terus tingkat latihan kesiapsaigaan libatkan pelbagai agensi |  Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan |  Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah |  Peniaga muda perlu diberi sokongan berniaga di bazar |  SRS 1Malaysia mantapkan tahap keselamatan komuniti |  Rozman mahu kekerapan ganguan bekalan elektrik dan air dikurangkan |  Perancis akan bawa Festival Perancis di Sabah April 2018 |  Musa minta ahli Umno semua peringkat kukuh kerjasama |  Remaja dikhuatiri lemas, kereta dihanyut arus lebih 100 meter |  Kematian Ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan | 
 BM

Persatuan Alumni SMAN K. Kinabalu lancar logo baharu

210317-sman-2a
LOGO BAHARU … Arifin (dua kiri) sambil diperhatikan Mohamad (kiri) melancarkan logo baharu Alumni SMAN Toh Puan Hajah Rahmah.

21st March, 2017

PAPAR: Persatuan Alumni Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hjjah Rahmah (SMAN) Kota Kinabalu melancarkan logo baharu sempena majlis Reunion Alumni 50 tahun penubuhan sekolah berkenaan.

Majlis perasmian logo baharu itu disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif selaku penaung persatuan berkenaan.

Ia turut disaksikan oleh Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Mohamad Alamin selaku penasihat Alumni SMAN Toh Puan Hajah Rahmah dan Hasyim Mohd Tahir selaku pengerusi penaja.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh jawatankuasa serta mantan pelajar atas komitmen dan sokongan terhadap usaha persatuan berkenaan membantu SMAN Toh Puan Hajah Rahmah.

“Sama-sama kita perjuangkan dari sudut kecemerlangan, memertabatkan imejnya, pendidikan yang menjadi ko-bisnes SMAN Toh Puan Hajah Rahmah.

“Saya bersama YB Moh (Datuk Mohamad Alamin) akan bersama- sama membantu dan anda semua. Salah satu cara membantu ialah apa-apa saja program yang dianjurkan oleh Alumni datang… apa- apa pun yang dianjurkan SMAN Toh Puan datang… apa-apa pun yang dianjurkan oleh PIBG kita datang,” katanya.

Untuk rekod, Alumni SMAN Toh Puan Hajah Rahmah ditubuhkan pada 29 Disember 2016.

Dalam pada itu, beliau turut menyumbangkan sebanyak RM5, 000 kepada persatuan berkenaan.

“Saya doakan semua kita berjaya, diberikan ketabahan, diberi lapang dada dan kejayaan di dunia mahu pun di akhirat,” katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse