Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelbagai acara dipertandingan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan SK Lingga Baru |  Jangkauan Seni Budaya Seni Berbahasa pamer bakat asli |  200 peserta Pedalaman Atas sertai Program Kem Diabetes, NBOS6 |  Permainan tekan dada diharam di sekolah |  Guna internet dapatkan maklumat kesihatan warga emas dikaji |  JBPM Labuan akan terus tingkat latihan kesiapsaigaan libatkan pelbagai agensi |  Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan |  Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah |  Peniaga muda perlu diberi sokongan berniaga di bazar |  SRS 1Malaysia mantapkan tahap keselamatan komuniti |  Rozman mahu kekerapan ganguan bekalan elektrik dan air dikurangkan |  Perancis akan bawa Festival Perancis di Sabah April 2018 |  Musa minta ahli Umno semua peringkat kukuh kerjasama |  Remaja dikhuatiri lemas, kereta dihanyut arus lebih 100 meter |  Kematian Ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan | 
 BM

JKNS kaji perkhidmatan kereta api ke utara dan timur Sabah

21st March, 2017

KOTA KINABALU: Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) sedang menjalankan kajian bagi menyediakan perkhidmatan rel ke utara dan timur negeri itu, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan RM1 juta tahun ini untuk membiayai kajian itu.

“Perancangan untuk menyediakan rel kereta api ke Kudat (utara) dan Sandakan (timur) sudah dalam perancangan,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat perkembangan JKNS yang disampaikan Pengurus Besar Melvin V. Majanga, di sini kelmarin.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata kajian juga bertujuan mengenal pasti peralatan komunikasi yang moden dan sesuai untuk digunakan dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan landasan sedia ada sepanjang 134 kilometer dari Tanjung Aru di sini ke Tenom.

Katanya kerajaan negeri dalam usaha memodenkan perkhidmatan kereta api di Sabah bagi menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan itu.

“Mengikut rekod JKNS, bilangan penumpang yang menggunakan pengangkutan rel pada tahun lepas ialah sebanyak 494,638 orang dengan jumlah perjalanan sebanyak 6,170.

“Pada masa sama, JKNS merekodkan 134 pembatalan perkhidmatan yang tidak dapat dielakkan disebabkan oleh masalah teknikal dan cuaca buruk,” katanya.

Bagaimanapun, Pairin berkata rekod pembatalan itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 762 pada 2015 susulan usaha JKNS mengemas kini prosedur penyelenggaraan dan operasi.

Sementara itu, Melvin berkata sejumlah enam unit diesel pelbagai (DMU) dengan kapasiti 200 tempat duduk digunakan untuk perkhidmatan harian tahun lepas.

Di samping itu, beliau berkata dua relbas turut beroperasi pada waktu tertentu untuk laluan Tanjung Aru- Beaufort. Sempena taklimat itu, Pairin turut melancarkan satu set kereta api mengandungi tiga unit tren berasaskan DMU dari India yang akan mengoperasikan laluan Beaufort-Tenom sejauh 48 kilometer.

Beliau turut menaiki kereta api baharu itu ke Beaufort dan Tenom sambil melawat stesen kereta api di daerah berkenaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse