Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Pelbagai acara dipertandingan sempena penutupan Bulan Kemerdekaan SK Lingga Baru |  Jangkauan Seni Budaya Seni Berbahasa pamer bakat asli |  200 peserta Pedalaman Atas sertai Program Kem Diabetes, NBOS6 |  Permainan tekan dada diharam di sekolah |  Guna internet dapatkan maklumat kesihatan warga emas dikaji |  JBPM Labuan akan terus tingkat latihan kesiapsaigaan libatkan pelbagai agensi |  Tiga pemancing selamat berenang ke bagang ikan |  Tiada program E-Kad dilaksana di Sabah |  Peniaga muda perlu diberi sokongan berniaga di bazar |  SRS 1Malaysia mantapkan tahap keselamatan komuniti |  Rozman mahu kekerapan ganguan bekalan elektrik dan air dikurangkan |  Perancis akan bawa Festival Perancis di Sabah April 2018 |  Musa minta ahli Umno semua peringkat kukuh kerjasama |  Remaja dikhuatiri lemas, kereta dihanyut arus lebih 100 meter |  Kematian Ketua Abu Sayyaf diharap tamatkan penculikan | 
 BM

Enam premis jual makanan, minuman dikompaun di FKAT

200317-lead-7
PERIKSA … Anggota penguatkuasa (kanan) menjalankan Ops Premis Bersih.

20th March, 2017

OLEH NAZRINI BADARUN

TAWAU: Sebanyak enam premis menjual makanan dan minuman di Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) dikompaun dalam Ops Premis Bersih 4 yang dijalankan Unit Kesihatan Persekitaran Tawau.

Operasi yang dijalankan di kawasan Sabindo Plaza itu bermula jam 3 petang pada Sabtu oleh 24 anggota diketuai PPKP Kanan, Abdullah Din Alifudin itu telah memeriksa 97 premis menjual makanan dan minuman.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe dalam kenyataan berkata, jumlah kompaun yang dikeluarkan antara RM100 hingga RM500 melibatkan pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah dua di bawah Per.37(1)(a) mempamerkan makanan yang dijual dalam keadaan terbuka, satu kesalahan di bawah Per.32(1)(b) kesalahan berhubung dengan pakaian pengendali.

Selain itu katanya tiga kesalahan dikesan di bawah Per.31(1) iaitu pengendali atau penjual makanan tidak mempunyai suntikan vaksin tifoid.

Rahman berkata operasi itu dijalankan bagi memastikan penjualan makanan pada pesta FKAT kali ini adalah selamat kepada para pengunjung.

   
Email Print
   
 
 
E-browse