Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Mogisusuai abaabayan koimbayat id poompus Tulan Tumombului Kiulu 2017 |  KUSAI KUMINAM MONUAP RM25 NGOIBU KUMAA PUU PGA, TINAAN |  PPM rampas 16 batang kayu tanpa dokumen |  PBT, SPCA diminta tampil selesai isu anjing liar di pekan Ranau |  Pelbagai acara menarik sepanjang Bulan Melawat Kiulu 2017 bermula 1 April |  UMS terus sokong usaha k'jaan pelihara khazanah hutan |  REMAJA CUBA RASUAH ANGGOTA PGA DITAHAN |  Sabah keen to forge strong business partnership with Thailand to develop SMEs |  KDMM FC aiming to end four-match goal drought |  150 golfers set to tee-off |  Double joy for Darius |  Yayasan Sabah keen in developing human capital through handicrafts |  50,000 police volunteers by 2017 may be impossible |  Special markers to combat fishing vessel cloning |  Max: Over 2,000 families in Kota Marudu to own NCR land titles soon | 
 BM

Masyarakat di Kg Molisau ambil inisiatif baiki jambatan usang

200317-jambatan-7
UNTUK SEMENTARA .... Para penduduk bekerjasama membaiki jambatan usang tersebut sebagai laluan kereta sementara menunggu pembaikan dari pihak berwajib.

20th March, 2017

TAMPARULI: Sekumpulan masyarakat di Kampung Molisau Tenghilan, dekat sini, mengambil inisiatif membaiki sendiri sebuah jambatan usang yang menjadi laluan ke beberapa rumah penduduk sini, baru-baru ini.

Langkah itu diambil bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku memandangkan keadaan jambatan yang dilihat uzur dan benar-benar memerlukan pembaikan.

Menurut salah seorang penduduk yang juga pengguna laluan berkenaan, Dennis Jabberi, seramai 12 penduduk termasuk beberapa belia telah menyertai gotong-royong membaiki jambatan tersebut secara sukarela.

Dennis menambah, setiap kali kenderaan mereka melintasi jambatan tersebut, perkara paling utama yang dibimbangi mereka adalah soal keselamatan.

“Bayangkan secara tiba-tiba jambatan itu runtuh sehingga ada nyawa yang terkorban,” katanya.

“Oleh itu, kita sangat berharap semoga pihak kerajaan dapat memberi peruntukan untuk membina sebuah jambatan baharu atau sekurang-kurangnya membaiki kemudahan laluan penduduk ini,” katanya.

Beliau juga memohon kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar sentiasa peka terhadap perkara berkaitan keperluan penduduk, apatah lagi hal melibatkan keselamatan.

“Terima kasih tidak terhingga kepada semua penduduk yang terlibat membantu dalam kerja-kerja gotong-royong ini, moga usaha kami ini berbaloi untuk kegunaan buat sementara waktu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Molisau, Albert Joseph ketika dihubungi Wartawan NST memaklumkan bahawa jambatan tersebut telah pun dibawa dalam mesyuarat JKKK dan dipohon kepada kerajaan untuk mendapat peruntukan pembaikan.

“Kita hanya menunggu waran peruntukan daripada pihak berwajib sebelum dilaksanakan, bagi pihak JKKK kami mohon maaf atas segala kesulitan ini,” katanya. -OLEH JOANES ROBERT JOHNNY (joanes@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse