Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Spektra Selasih terbit karya sulung, 'Jibam' |  TRUMS anjur Program Kepimpinan Global |  Perayaan Krismas KK bermula kelmarin hingga Khamis |  43 keluarga Kampung Bomboi terima bantuan tangki air |  Pekerja ladang didenda RM20 ribu, cuba sogok penguat kuasa |  Hampir 3,000 penyata GST-03 belum diserah |  Empat pemancing diselamatkan APMM selepas 20 jam hanyut |  Keningau maintain charge |  KK exponents dominate karate |  Zachary wins third archery gold |  ONCAMPUS Hull offers pathway to higher education |  Young foreigner jailed for possessing other’s MyKad |  Cabbies and e-hailing service drivers unaware of scheme |  Pray for a better and safer KK, SCC president Bishop Melter asks Christians |  YES contributes RM150,000 towards KK Christmas carnival | 
 BM

BAHASA turut jayakan Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutuan Labuan

200817-bahasa-4
IKUT SERTA … Jasni (lima kanan) bersama delegasi BAHASA yang menyertai Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 17 hingga 19 Mac 2017.

20th March, 2017

LABUAN: Badan Bahasa Sabah (BAHASA) turut menjayakan Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 17 hingga 19 Mac 2017.

Delegasi BAHASA diketuai Presidennya yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja GAPENA, Jasni Matlani. Hari Sastera ke-17 (2017) dianjurkan bersama oleh Perbadanan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan GAPENA.

Manakala kerja-kerja penyelenggaraan dikelolakan oleh GAPENA (bersama badan-badan gabungannya di Labuan – PERWILA, di Sabah – BAHASA), DBP Cawangan Sabah, dan jabatan-jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Jasni sendiri menjadi ahli panel pada pembentangan kertas kerja bertajuk Transformasi Nasional: Peranan Sasterawan Dan Budayawaan Dan Gerakan Sastera.

Beliau berharap menerusi Hari Sastera Ke-17 itu, hubungan erat antara peserta yang mewakili Sabah, Sarawak, Semenanjung, Indonesia dan tuan rumah Wilayah Persekutuan Labuan akan terus erat bukan sahaja untuk memartabatkan bidang bahasa dan sastera tetapi juga adat dan budaya masyarakat di nusantara ini.

“Bahasa ucapkan syabas dan tahniah serta terima kasih kepada Perbadanan Labuan dan Perwila yang menjadi penganjur bersama Hari Sastera Ke-17 2017. Kami akan terus memberikan kerjasama dan sokongan kepada penganjuran bahasa dan sastera di Kepulauan Borneo khususnya,”katanya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse