Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Mogisusuai abaabayan koimbayat id poompus Tulan Tumombului Kiulu 2017 |  KUSAI KUMINAM MONUAP RM25 NGOIBU KUMAA PUU PGA, TINAAN |  PPM rampas 16 batang kayu tanpa dokumen |  PBT, SPCA diminta tampil selesai isu anjing liar di pekan Ranau |  Pelbagai acara menarik sepanjang Bulan Melawat Kiulu 2017 bermula 1 April |  UMS terus sokong usaha k'jaan pelihara khazanah hutan |  REMAJA CUBA RASUAH ANGGOTA PGA DITAHAN |  Sabah keen to forge strong business partnership with Thailand to develop SMEs |  KDMM FC aiming to end four-match goal drought |  150 golfers set to tee-off |  Double joy for Darius |  Yayasan Sabah keen in developing human capital through handicrafts |  50,000 police volunteers by 2017 may be impossible |  Special markers to combat fishing vessel cloning |  Max: Over 2,000 families in Kota Marudu to own NCR land titles soon | 
 BM

10 pemimpin PERWILA terima penghargaan

200317-anugerah-2
PEMIMPIN ... Perwila yang menerima anugerah Hadiah Kepimpinan dan Jasa Dikenang sempena penganjuran Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 17 hingga 19 Mac 2017.

20th March, 2017

LABUAN: Seramai 10 pemimpin Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA) telah menerima penghargaan Hadiah Kepimpinan dan Jasa Dikenang sempena penganjuran Hari Sastera Ke-17 di Wilayah Persekutuan Labuan pada 17 hingga 19 Mac 2017.

Mereka ialah Pengasas dan Ketua 1 Perwila yang pertama iaitu Allahyarham Datuk Seri Panglima Haji Mohamed Omar Bledram yang memegang jawatan itu dari 1985 hingga 1995.

Selain itu, mantan Ketua 1 Perwila dari tahun 1996 hingga 2004/2007, Dr Harun Pudin, mantan Ketua 1 Perwila, Awangku Ali Pg Jumaat (2005-2006) dan Pengasas yang juga Ketua 1 Perwila (2015 hingga sekarang), Haji Othman Mahali. Beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha dan Bendahari persatuan itu sebelum ini.

Turut menerima anugerah itu ialah seorang lagi pengasas Perwila, Ahmad Badri Mardi dan menjadi Ketua 2 Perwila (1985-1988) dan Ketua 2 Perwila, Sahar Misron (2005- sekarang).

Empat lagi penerima ialah pengasas dan Setiausaha Perwila (1993-2002), Abd Rahman Daud, pengasas dan Penolong Setiausaha, Ismail Gustim (1985-2012), pengasas dan AJK Perwila, Hajah Hasnah Sambas (1985 – sekarang) dan seorang lagi AJK Perwila, Haji Abd Rahman Haji Lamudin (1991 hingga kini).

Majlis penyampaian anugerah dan penghargaan itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli pada majlis perasmian Hari Sastera Ke-17 di Hotel Lazenda, malam Sabtu lalu.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Yunus Haji Kurus, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd Arifin Mohd Arif, Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Azhar Ahmad.

Hadir sama Pengarah Bahagian Pengembangan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Hajah Padilah Haji Mohd Ali, Ketua Yayasan Sagang, Pekanbaru, Riau/Ketua Dewan Kesenian Riau, Kazzaini Ks, Presiden BAHASA/ Jawatankuasa Kerja GAPENA, Jasni Matlani dan Pengarah Jabatan Pelancongan Perbadanan Labuan, Mahatir Abd Hamid.

Hari Sastera ke-17 (2017) dianjurkan bersama oleh Perbadanan Labuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan GAPENA.

Manakala kerja-kerja penyelenggaraan dikelolakan oleh GAPENA bersama badan- badan gabungannya PERWILA, BAHASA, DBP Cawangan Sabah dan jabatan- jabatan kerajaan di Wilayah Persekutuan Labuan. – OLEH JAINUDIN DJIMIN – jainudin@newsabahtimes.com.my

   
Email Print
   
 
 
E-browse