Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
57 never before published Dusun folk tales added to State Library |  Labuan Chimney Walking Trail kopongimbayat tutumombului |  JBA Labuan nokotoimo sakadai RM140.2 lizong |  RM217 lizong gunoon ponoodo projik kotundaan id Ranau |  Polis tahan dua lelaki tempatan, rampas dua laras senapang angin |  PGA akan dilengkapi Unit Tiger Platoon |  Program Career & Education Fair dedah rancang kerjaya |  Masalah rumah tidak terjual di Sabah tidak serius |  Michelin welcomes first flagship store for premium performance-oriented tyres |  Fabio to add more punch for Interior |  Police arrest two men, seize homemade airgun |  Marine police nab 24 illegals, thwarts fish bombing |  Tour boat drivers tested positive for meth |  New Grouper catches Chief Minister’s attention |  Ministry to tackle overhang property issue | 
 BM

PPM rampas minyak masak dan tepung gandum bernilai RM639

150317-ppm
RAMPASAN … Anggota PPM (kanan) bersama juragan dan barangan yang berjaya dirampas.

16th March, 2017

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 204 kilogram minyak masak dan 72 paket tepung gandum yang bernilai RM639 dalam ops Tugas Khas di kawasan Laut Singgamata, pada Selasa.

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Supt. Norzaid Md. Said berkata kes itu dirampas untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 KPDNKK.

Menurutnya, sepasukan anggota yang diketuai Koperal Amboh Sakah Saguni bersama empat anggota telah menahan dan memeriksa sebuah perahu berearna hijau dan kuning.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki berusia 25 tahun telah membawa muatan barang kawalan tanpa dokumen sah,”katanya dalam kenyataan.

Beliau dalam pada itu berkata pihaknya akan terus komited dalam menjalankan tugas penguatkuasaan bagi membanteras sebarang kegiatan menyalahi undang-undang dan jenayah khususnya di kawasan perairan.

Sehubungan itu katanya, kerjasama orang ramai dalam menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan amat dialu-alukan ke arah operasi yang lebih berkesan. -OLEH NAZRINI BADARUN

   
Email Print
   
 
 
E-browse