Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

Sandakan catat kes tertinggi penyakit berjangkit tahun lalu

1st March, 2017

SANDAKAN: Daerah ini mencatatkan kes tertinggi penyakit berjangkit seperti demam denggi dengan 518 kes sepanjang tahun lepas, dibandingkan pada tahun 2015 hanya 467 kes sahaja.

Untuk permulaan tahun 2017 iaitu dari 1 hingga 28 Januari, terdapat penyakit demam denggi yang turut dicatatkan dengan 21 kes.

Bagi kes seperti bilangan episod wabak denggi itu, sebanyak 76 episod wabak dicatatkan pada tahun 2016 manakala 68 episod wabak di tahun 2015. Sepanjang dari 1 hingga 28 Januari lalu, terdapat dua episod wabak dicatatkan.

Bilangan lokaliti wabak denggi mencatatkan 64 lokaliti pada tahun 2015, berbanding tahun lalu dengan 57 lokaliti manakala dua lokaliti dicatatkan sepanjang 1 hingga 28 Januari tahun ini.

Dalam pada itu, bilangan lokaliti kes tunggal pada tahun lepas dengan 124 lokaliti; 99 lokaliti (2015) dan 13 lokaliti (1 – 28 Januari 2017).

Malaria membawa dua kes masing-masing pada tahun 2015 dan 2016 sementara satu kes (1 – 28 Januari 2017).

Kes Taun menyaksikan 11 kes (2015) dan dua kes (2016) manakala tiada kes dicatatkan pada awal tahun ini.

Pembawa Sihat Kolera mencatatkan 27 kes (2015) dan 41 kes (2016) manakala tiada kes dicatatkan pada awal tahun ini.

Bilangan Wabak Kolera menunjukkan tiga wabak dicatatkan pada 2015 dan tujuh wabak pada 2016 sementara tiada wabak dicatatkan pada awal tahun ini.

Statistik kesihatan ini dimaklumkan semasa berlangsungnya Mesyuarat Penuh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Dewan Persidangan MPS kelmarin yang dipengerusikan oleh Presiden MPS, Datuk Ir. James Wong.

Ia adalah merupakan laporan Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan pada mesyuarat Jawatankuasa Kesihatan Awam Bulan Februari 2017.

Dalam pada itu, dua orang ahli majlis turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran di hadapan James sebelum bermulanya mesyuarat penuh majlis.

James juga turut melancarkan Sistem Letak Kereta Berkupon yang akan mula diperkenalkan di pusat bandar Sandakan pada 1 Mac ini.

Sejurus pelancaran sistem berkenaan di hadapan ahli-ahli majlis, Setiausaha MPS iaitu Jeffry Hj Aman kemudiannya memberikan sedikit taklimat ringkas mengenai pelaksanaan sistem tersebut.

Objektif pelaksanaan sistem ini membolehkan orang ramai meletakkan kenderaan dengan lebih mudah, selesa dan teratur.

Ia juga bagi mewujudkan sistem kawalan letak kereta yang lebih efision dan efektif. OLEH ROZZALIN HASHIM (rozzalin@newsabahtimes.com.my)

   
Email Print
   
 
 
E-browse