Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Produk pelancongan di Tawau dalam proses pembangunan |  Tinimungan mongingia Labuan tuminindapou do kimpin kasaavan bato |  90 piatus sikul nakahaid id pototongkop pogun noumbosian |  Pamahagaan kumaa komuhakan i pinapavasi ngaan Sabah, Pogun |  Christmas Eve public holiday a gift to local Christian community |  Technician acquitted from charges of uploading, and making offensive comment on Prophet Muhammad |  KK exponents retain karate gold |  Hosts dominate muay thai events |  KK new champions |  Perodua Tweckbot offers free vehicle inspections in run-up to Christmas, New Year |  Sarawak to emulate Brunei as global hydrogen supplier |  Confucius Institute to be Mandarin language hub |  Gerai Pameran Kg. Semuruh muncul juara Pesta Kubis Sabah 2019 |  Sabah perlukan lebih banyak pembinaan BBPA di kawasan berisiko |  PPM Sandakan tahan empat bot nelayan dalam Ops Gelora | 
 BM

Banduan lolos: Polis buat siasatan menyeluruh pastikan kecuaian anggotanya

28th February, 2017

KOTA KINABALU: Polis sedang membuat siasatan menyeluruh sama ada berlaku kecuaian tiga anggotanya sehingga menyebabkan banduan kes rogol dan samun melarikan diri di, Beluran, Sandakan, Sabtu lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata seorang pegawai dan dua anggotanya dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran bakal berdepan dengan tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan kecuaian terhadap kes berkenaan.

“Siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian berkenaan berlaku masih dalam siasatan dan kini kita masih giat memburu suspek yang telah melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Lawatan Kerja Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei Datuk Seri Mohd Jammy Muhd Shah Al Islam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam Sabtu lepas, suspek yang dikenali Nasrudi@Sudi Ambo, 29, meloloskan diri daripada kawalan tiga polis dan suspek dipercayai melarikan diri dengan keadaan tangan bergari menuju ke kebun kelapa sawit berhampiran.

Suspek yang juga warga Indonesia itu disyaki terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dan turut menyamun mangsa bersama tunangnya pada 18 Februari lepas.-Bernama

Ramli juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse