Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Commotion in Dewan Rakyat over election of Speaker, the words 'gelap' and 'bedak' |  Ferries and passenger boats in Sabah can operate at full capacity |  Feri om padau susumakai id Sabah pakavasaon do koumpasan di oponu |  JKDM Sabah nakapagaau dadah kihoogo RM1.15 lizong |  Taska mula dibuka di Sabah dengan ikuti SOP |  Eighth rehabilitated sun bear released into the wild |  Matta urges govt to extend loan moratorium for tourism industry, protect sectors |  AirAsia Hotel Bundle Deals offer up to 50 pct savings on city hotel stays |  Air Traffic Rights applications drops 74.3 pct in 1H20 |  Belum diputuskan |  Sabahan Bulldozer cipta nama di Australia |  Mogigiyon mokiinsian kopongundaran ralan om jambatan |  Belia dari 11 kampung Mukim Rosok Bangkahak gotong-royong baiki paip |  Inisiatif NGO bersama penduduk kampung baiki kerosakan akibat banjir |  Penduduk rayu jambatan rosak dibaiki | 
 BM

Pesta Kalimaran disambut Julai ini, kata Rubin

27th February, 2017

KENINGAU: Pesta Kalimaran Peringkat Negeri 2017, akan disambut pada bulan Julai ini di Pusat Rumah Kebudayaan Murut kampung Pulong Tenom, kata Presiden Persatuan Murut Sabah Datuk Rubin Balang.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Pesta Kalimaran Peringkat Daerah Keningau 2017, di kampung Limbawan pada Sabtu lalu.

Katanya, pesta itu bertujuan untuk menghimpunkan kesemua etnik suku kaum Murut untuk mengetengahkan dan mempamerkan kebudayaan adat resam kaum etnik Murut kepada masyarakat luar khususnya para pelancong dari luar negeri.

“Menerusi pesta ini, kita juga mengharapkan agar dapat membuka mata generasi hari ini dan juga generasi akan datang khususnya anak muda yang berbangsa Murut agar tidak pernah melupakan asal usul mereka serta identiti mereka agar tidak lapuk ditelan zaman,” Katanya.

Menurutnya, bagi memelihara identiti suku kaum ini, pelbagai inisiatif telah rancang dan sedang dilaksanakan. Antaranya adalah pembelajaran bahasa Murut yang mana telah pun dimulakan sejak beberapa tahun yang lepas untuk generasi etnik Murut mempelajari seterusnya mendalami bahasa ibunda peninggalan nenek moyang yang terdahulu.

Pada pesta itu, Rubin yang juga Adun Kemabong turut merakamkan jutaan terima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana telah memberikan peruntukan khas kepada Biro Pendidikan Bahasa Murut yang diketuai oleh Senator, Datuk Dr. Lucas Umbul yang mana telah mempelopori pengajaran bahasa ibunda suku kaum Murut.

Hadir sama pada pesta itu, Adun Liawan Datuk Haji Sairin Haji Karno, Adun Nabawan Datuk Bobbey Ahfang Suan, Tokoh Veteran Murut, Tan Sri RM Jasni, Tokoh Veteran Murut Tan Sri Sufian Koroh, Datuk Kadoh Agundong, dan Pengerusi Penganjur Pesta Kalimaran Peringkat Daerah Keningau 2017 Rosdi Razali. -OLEH RAZEEF RAHMAN

   
Email Print