Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Caretaker gets 20-year jail term for sexual offence against two boys |  Murder: March 24 date for prison wardens, senior officer |  Christian set to spearhead Sabah’s gold medal quest |  Perfect getaway at beautiful Ulu Look Lungsung Beach |  250 participants vie for top honours at Borneo Hospitality Challenge |  JPKA mogium mohoingon toi walis songuhun bagang |  Sakadai RM260 lizong montok mongumbasi sikul nakahaid id Sabah |  Kapanadaan ikoton polinta montok kovosian layat potihombuson |  Learning beyond textbooks: An enriching field trip for IMU Chinese Medicine students |  RM260 million for repair of 67 dilapidated schools in Sabah this year |  Malaysia's economy to grow within 3.2 to 4.2 pct, fiscal deficit expands |  Kejuruteraan Asastera secures RM19.78 mln project in Desa ParkCity |  Neurogine, UMSKAL team up to groom financial services talent |  Kejayaan kelulusan 100 peratus sekolah menengah wajar dipertahan: Mohd Arifin |  JPKA cari waris bayi lelaki | 
 BM

Nelayan tempatan turut bantu cari mangsa bot karam: Ahmad Puzi

010217-lead-7c
SIDANG MEDIA ... Ahmad Puzi (tengah) Charles (kiri) Razak (kanan).

1st February, 2017

OLEH: ALIZA ALAWI

SANDAKAN: Nelayan tempatan juga turut memberi kerjasama membantu mencari enam lagi mangsa bot pelancong yang karam pada Sabtu lalu yang menuju ke Pulau Mengalum dari jeti Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Ketua Pengarah Laksamana Maritim, Datuk Seri Ahmad Puzi Kahar, berkata, misi pencarian dan menyelamatkan mangsa turut dibantu oleh nelayan yang sedang mencari rezeki di perairan berkenaan.

“Dapat dilihat lebih 10 orang nelayan membantu dalam usaha mencari dan menyelamat enam lagi mangsa bot pelancong yang karam ini… sambil mencari rezeki, mereka (nelayan) juga mencari mangsa”, katanya

Ahmad Puzi, berkata, selain nelayan, pengusaha-pengusaha pelancongan yang mempunyai bot pelancong ke Pulau Tiga ataupun ke Pulau Mengalum pun turut beri kerjasama membantu mencari mangsa.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar sejurus selepas merasmikan Majlis Pelancaran Penubuhan Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) Peringkat Daerah Sandakan, yang berlangsung di Pejabat Daerah Maritim Sandakan (DM17) pada Selasa.

Terdahulu, bot jenis katamaran itu yang membawa tiga anak kapal dan 27 pelancong China dipercayai karam disebabkan angin kencang dan ombak besar pada 10 pagi Sabtu, sejam selepas mereka meninggalkan jeti Tanjung Aru, KK menuju Pulau Mengalum, destinasi pelancong kira-kira 56 kilometer ke barat laut Kota Kinabalu.

Pada Ahad, dua kru dan 20 pelancong warga China diselamatkan di perairan Semarang dekat Labuan, manakala tiga lagi pelancong China terkorban dalam tragedi itu. Enam mangsa yang masih hilang melibatkan lima warga China dan seorang kru bot malang tersebut.

Mengulas lanjut mengenai PSSMM, Ahmad Puzi menjelaskan seramai 108 penduduk tempatan telah dilantik sebagai PSSMM sempena penubuhan PSSMM di peringkat negeri Sabah bagi daerah ini.

Jelasnya, penubuhan PSSMM merupakan cetusan idea yang Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan telah diluluskan oleh kerajaan pada bulan September tahun lalu.

“Maritim Malaysia berkembang sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang berkesan.. Selain memberi perhatian kepada keupayaan aset-aset dan sumber manusia.. beliau selalu turun padang khususnya di daerah Sandakan yang juga kawasan ESSZONE untuk melihat dengan lebih dekat perlaksanaan operasi-operasi penguatkuasaan termasuklah operasi mencari dan menyelamat yang dikendalikan”, katanya

Beliau berterima kasih kepada Shahidan yang merupakan menteri yang bertanggungjawab kepada Maritim Malaysia atas usaha dan sokongan penubuhan PSSMM ini.

Katanya lagi, dengan peruntukan yang ada dapatlah PSSMM kedua dilancarkan di negeri Sabah selepas Perlis pada awal bulan ini.

Anggota PSSMM ini, bukan hanya jadi mata dan telinga tetapi jadi calon pelapis pada masa akan datang dan mereka akan dipertimbangkan menyertai pasukan sebenar.

Ahmad Puzi, berkata, pada usia 12 tahun penubuhan dengan kekuatan tenaga kerja seramai lebih kurang 4,600 orang serta 299 aset laut dan udara, Maritim Malaysia telah mengendalikan sebanyak 8, 836 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan dan 217,575 penggeledahan.

Kadar peratusan pengurangan jenayah juga telah berjaya diturunkan daripada 48.06 peratus diawal penubuhan kepada 2.6 peratus kini.

“Sememangnya kejayaan ini adalah hasil usaha penguatkuasaan yang berkesan yang dilaksanakan oleh Maritim Malaysia”,

Jelasnya, dalam tempoh terdekat, Maritim Malaysia ingin mengambil 5,000 lagi bukan hanya sebagai Pasukan Sukarelawan Simpanan (PSS) tetapi pegawai tetap.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin, Pengarah Maritim DM17, Kapten Maritim A. Razak Abd Rahman dan Adun Karamunting, Datuk Charles O Pang.

   
Email Print