Fb
Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Ruth Gidion luahkan tangisan dalam lagu |  Sambutan ulang tahun ke-60 SMK Tawau hari ini |  Persidangan Antarabangsa Sains Marin dan Akuakultur (ICOMSA) 2018 |  Perubatan Tradisional dan Komplementari anjur taklimat percuma |  Masyarakat perlu lebih peka bantu perangi gejala penyalahgunaan dadah |  Dua masih hilang bot dinaiki karam di Sungai Besar Kalabakan |  MPS, Sabah Green Development kerjasama tingkat penambahbaikan fasiliti di lokasi pelancongan |  Pelajar bertempiaran bila dua blok bangunan SK Sentosa musnah |  Explosive Borneo Derby on the cards |  Over 80 kick boxers fighting for honours |  Jevinton wins Chairman Cup, RM20,000 prize money |  Sabah ready to make presence felt |  PMBS once again to hold state-level Pesta Gambus |  Helicopter Academy – No aircraft booked for elections |  MMEA helicopter pilots first batch to graduate from Academy | 
 BM

1,000 jemaah tunai solat Jumaat di Masjid Sembulan selepas 40 tahun

7th January, 2017

KOTA KINABALU: lebih 1,000 jemaah dari Kampung Sembulan Lama, Tengah dan Baru Kota Kinabalu serta dari luar daerah lain menunaikan solat Jumaat di Masjid Sembulan hari ini selepas 40 tahun ibadah berkenaan tidak diadakan di masjid tersebut.

Turut menunaikan ibadah berkenaan ialah mantan Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Haji Ahmad Shah Abdullah; Pembantu Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Haji Arifin Haji Arif dan Timbalan Mufti Negeri, Hj. Hamdani Omar, yang juga menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat.

Turut hadir beberapa orang tertentu yang membesar di Sembulan sekali gus menggunakan masjid berkenaan semasa kecil untuk beribadat antaranya Datuk Haji Yusuff Datuk Seri Haji Mohd Kassim, Datuk Haji Matin Datuk Haji Imam Pandin, Datuk Dr Haji Mohd Kassim Hj Ibrahim, Haji Ibrahim Datuk Haji Kassim, Ramzah Haji Ahmad, Haji Salim Haji Ibrahim dan ramai lagi.

Terdahulu, ketika berucap sebelum masuk waktu zohor, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid Sembulan, Hj. Nordin Hj. Palah berkata pihaknya bersyukur kerana Jabatan Mufti dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains ) memberikan kebenaran mengadakan solat Jumaat di masjid tersebut.

Katanya, masjid itu sangat bersejarah kerana ia merupakan berstatus masjid negeri yang pertama sebelum Masjid Negeri Sabah yang ada berhampiran bangunan Wisma Muis.

Masjid Sembulan dibangunkan pada tahun 50an untuk keperluan masyarakat Islam waktu itu. Mantan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pernah solat Jumaat di masjid tersebut awal 70an selain beberapa tokoh negara lain termasuklah Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dan Timbalannya Tun Abdul Razak Datuk Hussein.

Sementara itu, ketika menyampaikan khutbah, Haji Hamdani menegaskan peranan masjid sebagai pusat ibadah dan kegiatan umat Islam sejak zaman Nabi lagi.

Katanya, masjid berperanan menyatukan umat Islam melalui kegiatan ibadah dan urusan-urusan lain sejajar dengan perkembangan zaman.

Kali akhir solat Jumaat diadakan di Masjid Sembulan ialah pada tahun 1977 apabila Masjid Negeri Sabah yang sekarang siap dan mula digunakan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse