Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
CM invited to officiate at Club Med Borneo groundbreaking ceremony |  KDN does not recognise MCAC card |  Anwar agrees there should not be too much tension on power transition – Dr Mahathir |  9th Sabah Unity League Cup begins December |  Ryan - Malaysia’s U-16 No.1 |  Sistom e-Kasih nadadi sistom hongkod data bersepadu |  Kopoundohian umul mongundi om i mokipihi nookunan |  Keningau Vocational College receives outstanding award at ICLESS 2019 |  Plan for innovation centre in every higher learning institution in Sabah |  GES education fair in Sandakan this Saturday |  Bask Bear Coffee eyes collaboration on sun bear protection |  Inflation pressures to be contained in 2020, says UOB Malaysia |  MPI in talks with MoF to set up biodiesel stabilisation fund |  Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan sehingga 7 Disember |  UMS komited kekal kecemerlangan akademik peringkat antarabangsa | 
 BM

Salleh gesa ahli AIM manfaatkan pinjaman

19th December, 2016

KOTA BELUD: Para ahli Amanah Iktiar Malaysia (AIM) digesa memanfaatkan pinjaman untuk mengembang dan meningkatkan lagi sumber ekonomi agar terkeluar dari kepompong kemiskinan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada usaha tersebut menerusi penyaluran peruntukan setiap tahun.

“Ahli-ahli AIM perlu meningkatkan lagi kemahiran untuk meningkatkan ekonomi kerana ‘digital ekonomi’ atau perniagaan digital akan dilaksanakan bermula tahun depan.

“Jenis perniagaan sekarang telah berubah, para peniaga berurus niaga atas talian internet bagi memasarkan produk mereka.

“Untuk mewujudkan pasaran mesti ada pembeli, untuk mencapai kejayaan kita harus berusaha membentuk pasaran.

“Setiap hari kita harus berfikir bagaimana untuk meluaskan pasaran dan terus maju ke hadapan,” katanya ketika berucap pada Majlis Himpunan Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia Peringkat Pantai Barat Sabah.

Beliau mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman di Dewan Terbuka Datuk Musbah di Kg. Taun Gusi, pada Sabtu.

Dalam ucapannya, Musa memuji dan berbangga terhadap kejayaan agensi tersebut yang telah mendapat pengiktirafan dunia. “Sehingga kini AIM telah menerima sumbangan RM16.5 bilion daripada kerajaan.

“Pada tahun lepas sahaja, AIM menerima peruntukan melalui belanjawan untuk tahun ini sebanyak RM100 juta.

“AIM memberikan pembiayaan RM124 juta kepada ahlinya seramai 3,720 peminjam di daerah ini dan menyasarkan memberikan peruntukan RM20 juta kepada para ahlinya.

“Tahap pembayaran balik di Kota Belud juga adalah yang tertinggi di Malaysia iaitu mencapai tahap 99.76 peratus,” ujarnya. Pada majlis itu, Salleh bersetuju memberikan sumbangan kepada Kelab Usahawan Kota Belud sebanyak RM70,000 dan Kerajaan Negeri dengan jumlah RM80,000.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tempasuk merangkap Penaung Kelab Usahawan Kota Belud, Datuk Musbah Jamli; Adun Kadamaian, Jeremy Ukoh Malajad; Pengerusi Eksekutif AIM, Dato Dr. Zubir Harun; Ahli Lembaga AIM, Datuk Yusoff H. M. Haniff dan Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

   
Email Print
   
 
 
E-browse