Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Sepanggar eyeing unique double |  Haze: Slight increase in treatment of Sabah patients |  Another biker killed while overtaking |  Chief Minister launches annual Foh Sang Mooncake celebrations |  Sambutan Hari Ozon Sedunia tingkat kesedaran pemuliharaan alam sekitar, kata Rozman |  Preserving the environment by teaching children to love it |  SICC to be ready in December |  Kopotundaan id watas Parlimen Pensiangan onuan koposuulan |  Molohing kiguno manapad pomogunaan kakamot elektronik do tanak |  Program One Stop Help Center (KAWAN) mudahkan rakyat: Rozman |  52 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dadah di KK |  Buruh terbunuh motosikal bertembung pacuan empat roda |  Kerajaan akan ambil perhatian masalah penduduk, kata Peter |  Kerajaan perlu bantu golongan profesional muda: Razali |  Jerebu beransur pulih Okt ini: Issnaraissah | 
 BM

Belia disaran sentiasa timba ilmu pengetahuan

26th November, 2016

OLEH ROZZALIN HASHIM (rozzalin@newsabahtimes.com.my)

SANDAKAN: Golongan belia disaran sentiasa menimba ilmu pengetahuan termasuk merintis segala peluang yang disediakan kerana kemajuan negara apabila belia-belianya berilmu dan berketerampilan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata sebagai aset terpenting pada pembangunan negara maka penting sekali belia memanfaatkan ilmu supaya menyemai nilai-nilai positif dari segi kepimpinan sekali gus memperkasa sahsiah demi generasi yang berjaya dan cemerlang.

Katanya, usaha murni ini sangat penting kerana kejayaan belia dalam pelbagai aspek pembangunan bukan sahaja manfaatnya kepada diri dan keluarga malahan negara.

“Kita sentiasa minta para belia ini terus menimba ilmu pengetahuan bagi memperkasa diri mereka dengan sentiasa menumpukan perhatian dan fokus kepada pendidikan serta aktiviti yang bermanfaat termasuklah berkaitan pemantapan jatidiri, sahsiah dan kepimpinan.

“Sebab itu, kita sedia peruntukan besar untuk pembangunan belia menyedari peranan mereka sebagai aset terpenting pada pembangunan negara.

“Pada tahun ini, buat pertama kali dalam sejarah Sabah … satu peruntukan khas sebanyak RM53 juta diperuntukkan untuk beberapa sektor dan kelompok masyarakat termasuklah RM10 juta untuk pembangunan belia dan sukan,” katanya.

Dalam pada itu, ujarnya, pihak kerajaan negeri turut melaksanakan Indeks Belia, Dasar Pembangunan dan Pelab Strategik Pembangunan Belia di mana pada masa yang sama setiap tahun kerajaan menyalurkan peruntukan yang besar untuk belia.

Menurut beliau, ia bukan sahaja kepada Kementerian Belia dan Sukan Negeri tetapi juga pada kementerian dan jabatan yang berkaitan dengan belia, NGO serta pembangunan modal insan.

Beliau berkata, dalam Bajet Negeri 2017 sebanyak RM95.81 juta diperuntukkan bagi pembangunan belia, wanita dan sukan sementara RM219.84 juta untuk pembangunan modal insan.

Katanya, usaha ini jelas membuktikan bahawa kerajaan amat mengambil berat perkembangan, keperluan dan masa depan generasi belia di negeri ini.

Musa menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Seminar Memperkasa Kepimpinan Belia di Dewan Serbaguna Libaran, dekat sini, kelmarin.

Ia anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah (KYS), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah (Daerah Sandakan) serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Gum-Gum, Sungai Sibuga, Sekong, Karamunting, Elopura dan Tanjung Papat.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Adun Gum-Gum, Datuk Zakaria Hj Mohd Edris; Adun Sekong, Datuk Samsudin Yahya; Adun Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman; Ketua Umno Bahagian Sandakan, Tan Sri Hj Ampong Puyon; Pengarah KYS, Datuk Sapawi Hj Ahmad; Presiden MPS, Datuk Ir. James Wong dan Ketua Wanita Umno Sabah, Datuk Armani Hj Mahiruddin serta tetamu jemputan khas yang lain.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berharap para belia sentiasa menumpukan perhatian dan fokus sebab apa juga dasar mahu pun inisiatif serta peruntukan yang dikhaskan oleh kerajaan tidak akan mencapai matlamat tanpa sokongan, penglibatan dan komitmen mereka.

Katanya, belia juga perlu mempunyai pendirian dan jatidiri yang teguh dalam mendepani apa juga cabaran apatah lagi ketika zaman kecanggihan teknologi komunikasi serta maklumat masa kini.

“Apa juga isu atau perkara yang dibangkitkan hendaklah dilihat dari perspektif yang sebenar dengan mendapatkan penjelasan dan fakta supaya para belia dapat membuat pertimbangan dan penilaian dengan lebih tepat.

“Apa yang penting sentiasa berwaspada dengan penggunaan media sosial ...kalau kita manfaat tentu banyak ilmu tetapi kalau disalahguna akan membinasakan diri.

“Belia mesti pandai menilai kerana banyak tohmahan dan finah, kena waspada dengan membezakan baik buruk,” ujarnya.

Musa berkata walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan namun dia tetap memanfaatkan peluang ini semata-mata untuk bertemu belia agar dapat mengenal pasti keluhan dan apa jua keperluan yang mereka perlukan.

Beliau percaya dengan penyertaan lebih ramai belia dalam program-program sedemikian ia akan dapat menyuntik semangat dan harapan sekali gus menyemai nilai-nilai positif daripada segi kepimpinan.

Terdahulu, Sapawi dalam ucapannya memberitahu KYS sebagai sebuah agensi kerajaan negeri diamanahkan bagi menokok tambah usaha kerajaan meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia di Sabah sentiasa komited dan akan terus berusaha untuk mencapai objektifnya.

Beritahunya, program merupakan sebahagian aktiviti yang dirancang pihak KYS bersama agensi rakan strategik untuk memperkasa para belia dan beliawanis dalam pelbagai aspek yang merangkumi pembangunan jatidiri, pemantapan ilmu dan kemahiran agar mereka berdaya saing dan bersedia untuk menerajui kepimpinan masa hadapan.

“Program ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara belia dengan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan pelbagai peluang-peluang latihan dan perniagaan serta merapatkan silaturahim dengan para pemimpin masyarakat,” jelasnya.

   
Email Print
   
 
 
E-browse