Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
CM invited to officiate at Club Med Borneo groundbreaking ceremony |  KDN does not recognise MCAC card |  Anwar agrees there should not be too much tension on power transition – Dr Mahathir |  9th Sabah Unity League Cup begins December |  Ryan - Malaysia’s U-16 No.1 |  Sistom e-Kasih nadadi sistom hongkod data bersepadu |  Kopoundohian umul mongundi om i mokipihi nookunan |  Keningau Vocational College receives outstanding award at ICLESS 2019 |  Plan for innovation centre in every higher learning institution in Sabah |  GES education fair in Sandakan this Saturday |  Bask Bear Coffee eyes collaboration on sun bear protection |  Inflation pressures to be contained in 2020, says UOB Malaysia |  MPI in talks with MoF to set up biodiesel stabilisation fund |  Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan sehingga 7 Disember |  UMS komited kekal kecemerlangan akademik peringkat antarabangsa | 
 BM

Fransiska Juingki juara Bintang SandakanFm 2016

7th November, 2016

OLEH : ALIZA ALAWI (alawi.aliza@gmail.com)

FRANSISKA Juingki dari Sandakan muncul juara pada pertandingan akhir Bintang SandakanFm 2016 yang berlangsung di perkarangan Majlis Perbandaran Sandakan, pada malam Sabtu.

Beliau yang berjaya mengalahkan lapan peserta lain, dengan lagu Madah Berhelah dan Rama-Rama membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM8,500 terdiri daripada trofi, wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan serta hadiah iringan termasuk bernilai RM5,000 sumbangan Zolano@Tangs Furniture dan telefon bimbit bernilai RM900 sumbangan Swarosvki Collection By Bia Hasmira.

Beliau turut menerima Produk Kesihatan dan Kecantikan Radya bernilai RM500 sumbangan Puan Rosmini Ladaba yang juga Pengarah Sasaran Jutaniaga Sdn Bhd, Rawatan Estetik Elektro Terapi dan Grooming Class bernilai RM450 sumbangan MySara Academy dan pakej penginapan dua hari satu malam untuk dua orang bernilai RM400 sumbangan Hotel Four Points By Sheraton Sandakan.

Bagi tempat kedua dimiliki oleh Mohd Dinie Yusof Latif mewakili Zon Beluran yang menerima hadiah keseluruhan bernilai RM7,000 termasuk trofi dan sijil. Manakala, Nurul Farah Waheeda Abd Moin mewakili Zon Sandakan yang menduduki tempat ketiga menerima hadiah keseluruhan RM4,000 termasuk trofi dan sijil.

Seterusnya, bagi peserta Pilihan Ramai @ Facebook telah dimenangi oleh Siti Nor Azirah Sabri (Azirah@Lily) juga dari Zon Sandakan.

Undian adalah berdasarkan gambar peserta yang mempunyai ‘like’ terbanyak di laman sosial tersebut yang bermula 10 Oktober sehingga 4 November yang lalu.

Hadiah telah disampaikan oleh ADUN Sekong, Datuk Samsudin Yahya. Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Rancangan TV RTM, Malinaziah Datu Haji Julaspi, mewakili Pengarah Penyiaran Sabah, Haji Ali Ngasio, Pengurus Penyiaran Sandakanfm, Anissah Md.Yunos, Pegawai Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Juhari Janan, Timbalan Presiden MPS, Haji Hamsan bin Haji Awang Supain dan hadirin yang lain.

Barisan Juri pada malam itu ialah, Matlat Sukudat (Bahagian Muzik dan Hiburan RTM Kota Kinabalu), Moh Hairul Adeli (Guru Berkelulusan Tinggi Dalam Bidang Muzik) dan Stephanie Rose (Divine Bridal).

Malam kemuncak pertandingan itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada artis undangan, Fiq, yang juga juara rancangan realiti di ibu negara dahulu.

Dua juruhebah dari Radio Malaysia Nasionalfm iaitu Dj Odey Petra, yang merupakan anak jati Sandakan dan Dj Khai yang berasal dari Labuan juga mantan juruhebah Sandakanfm dan kini bertugas di Nasionalfm turut sama memeriahkan acara malam itu.

Kesembilan peserta Sesi pemilihan dan ujibakat Bintang Sandakanfm 2016 telah bermula dari Zon Telupid pada 28 Februari, Zon Beluran pada 17 April, Zon Kinabatangan pada 14 Ogos dan lokasi terakhir, Zon Sandakan pada 8 dan 9 September 2016.

Kesemua peserta lelaki dan perempuan akhir bintang berusia 16 hingga 30 tahun itu mewakili empat zon masing-masing dari Zon Telupid dengan seorang wakil, Zon Beluran (2 orang wakil), Zon Kinbatangan (2 orang wakil) dan Zon Sandakan dengan empat orang wakil.

Program dwitahunan pada edisi kali ini diterbitkan oleh Dj Nurkisa Md Kassim, penerbit rancangan dan juruhebah radio Malaysia Sandakanfm bersama Dj Maznan @ Dj Jill.

Buat julung kalinya, lagu tema Bintang Sandakanfm juga berkumandang pada pertandingan berkenaan. Lirik lagu ‘Mengejar Impian’ itu ditulis Kasnoor & Kamal Generasi dan lagu oleh Adie & Sutrisno Chromatic.

Lagu itu telah dipersembahkan oleh penyanyi yang juga Juara Bintang Sandakanfm 2004, Norhaini, Juara Bintang Sandakanfm 2007, Sheena, Juara Bintang Sandakanfm 2014, Azhari dan Dj Shaff dari Sandakanfm yang juga final Bintang Sandakanfm terdahulu.

Turut diberi penghargaan kepada Pengarah Sasaran Jutaniaga Sdn Bhd dan Pengasas Produk Kesihatan dan Kecantikan Radya, Rosmini Ladaba, Pengurus Zolano@Tangs Furniture Sandakan, Pengurus Perabot Wong Yau, Pengurus Swarovski Collection, Harmita Hasbulah, Pemilik Divine Bridal, Stephanie Rose, Pengurus Four Points By Sheraton Sandakan, Pengurus Diana Katering, Normala Piut, Pengurus MySara Academy, Sarah Ahsor, Mimie Fir Make-Up Studio & MUA Sandakan dan K2 Lifewater Industries, Sandakan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse