Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Aiso po luputan 10 monginsada sinazangan: ESSCom |  3,000 mogiigizon Kg. Piasau, kaanu kaganapan vaig mantad sistom siibo tana |  Duvo miobpinai vookon 11 di tinaan AADK |  PIBG Binsulok rayu Kementerian Pendidikan bina bangunan sekolah baharu |  Pembinaan bangunan baharu SMK Libaran beri kemudahan pembelajaran lebih selesa: Zakaria |  Akademik, sahsiah perlu diseimbangkan: Jaffari |  Kebakaran: Kerajaan kaji mekanisme ke arah rancang semula pembangunan kawasan kampung |  Dua pasangan adik beradik antara 11 suspek penagih dadah ditahan |  3,000 penduduk Piasau KB, bakal nikmati bekalan air dari sumber bawah tanah |  Anggota TUDM terpaksa lupakan hasrat berhari raya demi tugas |  Suami tikam isteri hingga mati kerana cemburu |  Nelayan Bajau Laut diculik di perairan Lahad Datu |  Ssamjeang Pizza makes dramatic debut in Sabah |  State govt aims 1,000 entrepreneurs by 2030 |  Setup business plan, entrepreneurs told | 
 BM

Jangan naikkan harga minyak masak tidak manasabah: Jainab

4th November, 2016

KOTA KINABALU : Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata bahawa minyak masak paket sekilo masih lagi kekal RM 2.50 sen.

Beliau menyeru kepada pembeli membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi (KPDNNK) di bahagian Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) sekiranya terdapat sebarang kenaikan harga melampau oleh pihak penjual.

“Gunalah hak sebagai pengguna, kerana Akta Anti Pencatutan 2011 masih boleh dirujuk kepada pihak terbabit untuk membuat tindakan kepada pengilang dan penjual yang melanggar peraturan lalu menaikkan harga minyak tersebut,” katanya.

Kata Jainab ketika ditemui oleh media selepas merasmikan Program Simulasi Bencana di Pusat Pemindahan Bagi Bahagian Kota Kinabalu dan Kudat di Dewan Masyarakat Manggatal, pagi kelmarin.

Jainab mengingatkan kepada pengguna supaya membuat laporan terus kepada KPDNNK untuk tindakan selanjutnya dan bukan menyebarkan ‘viral’ di media sosial yang boleh mengubah presepi orang ramai.

Tambah beliau, para pengguna disyorkan membuat rayuan kepada KPDNNK untuk meneruskan akta tersebut bahawa keputusan akan dimansuhkan atau sebaliknya pada Disember nanti.

“Saya memberi amaran kepada pengilang dan penjual supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga minyak masak paket, kerana ia amat membebankan rakyat lalu kerajaan pula yang dipersalahkan dalam hal ini,”

“ Sekiranya pengilang menjual kadar harga melampau kepada peruncit, maka pengilang boleh diambil tindakan atas perlakuan terbabit apabila peruncit menunjukkan bukti kepada KPDNNK ketika dalam siasatan,” katanya.

Jainab mengakui bahawa banyak sudah kes aduan yang telah dibuat oleh pembeli tentang perkara ini. Beliau mengajak kepada seluruh masyarakat menjalankan tanggungjawab sebagai pengguna bagi menyuarakan ketidakpuasan hati jika terdapat kenaikan minyak masak paket dengan harga yang tidak patut.

“Saya juga ingin mengingatkan, pengguna harus menggunakan kuasa 3M iaitu memilih, memboikot dan melapor dengan bijak supaya tidak ada pihak yang boleh mengambil kesempatan cuba menaikkan harga barang terhadap golongan pembeli” katanya lagi.

Sementara itu, dalam program simulasi ini, ia bertujuan memberi pengetahuan dalam persediaan menghadapi bencana serta mempersiapkan semua lapisan masyarakat di daerah Kota Kinabalu khususnya dalam menghadapi bukan sahaja bencana kebakaran akan tetapi semua bentuk bencana seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.

Jainab yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai, menggesa kepada lapisan masyarakat berganding bahu menanggani bencana kebakaran.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan ketua-ketua masyarakat dituntut bekerjasama memberi kesedaran kepada anggota masyarakat kepada masyarakat setempat khususnya ahli dalam rumah kediaman masing-masing.

“ Oleh yang demikian, kerjasama ini dapat mencegah dan mengurangkan insiden kebakaran, ketua masyarakat seharusnya sentiasa waspada dan saling mengingati semasa sendiri mengenai sebarang kemungkinan bencana berlaku dan menanam kesedaran tentang impak bencana tersebut,” kata Jainab.

Program ini disertai oleh Pegawai daripada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.12 Karambunai, N.13 Inanam, N.2 Daerah Kudat serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan juga penduduk kampung dari Kampung Tebobon dan Kampung Inanam Laut. – OLEH IZHAM WAIDI

   
Email Print
   
 
 
E-browse