Local
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
EDUCATION
ECO
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Three men held in house-breaking probe |  Sixty pct of PH manifesto promises fulfilled, says Lim |  Syarikat Pulau Buta Eco Tourism terima Pengiktirafan MaTEx |  KK boys on course to retain hockey gold |  Sports Development Blueprint next year |  TAED, a threat to Sabah’s iconic beach: Landscape architect |  Songulun kawagu nogompitan kinoligaganan id New Zealand noiduan ginawo di konihab |  Tolu kusai ginambit montok kasalaan minonoruang walai |  JBorneo 2019 mission accomplished |  Ziarah Ukhuwah RAY Tambunan ke Brunei Darussalam |  Bersatu cawangan Bangka Bangka jalin kerjasama dalam program Back To School |  200 pelajar dalam DUN Karanaan terima bantuan awal persekolahan |  Pejabat MOTAC dan Muzium Marin Labuan bakal ditutup? |  Bayi tiga bulan dari Tuaran dijangkiti virus polio |  Tiga pelancong China antara terlibat Program Voluntourism Underwater Cleanup di Pulau Bum-Bum | 
 BM

PEGAWAI DAERAH SABAH PERLU ADAKAN AKTIVITI TARIK PELANCONG: MUSA

041116-musa-1
TINJAU ... Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman kelmarin bersama rombongan meninjau bagi melihat pengubahsuaian Rumah Anak-Anak Yatim Tambunan yang mengalami kerosakan.

4th November, 2016

TAMBUNAN: Semua pegawai daerah di Sabah diharap dapat memainkan peranan dalam melaksanakan usaha mewujudkan pelbagai aktiviti yang boleh menarik kehadiran pelancong ke negeri itu.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata ini kerana kehadiran pelancong akan memberi pendapatan dan hasil kepada para peniaga dan pengusaha sekali gus dapat meningkatkan ekonomi rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah sentiasa mengalu-alukan dan menyokong serta memberi apa sahaja bantuan yang diperlukan untuk melaksanakan setiap aktiviti bagi menarik lebih ramai pelancong.

“Dengan adanya tarikan itu, pelancong akan datang dan sudah tentu memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya para peniaga, pengusaha hotel, restoran dan teksi,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Terdahulu, beliau melawat Rumah Anak Yatim Tambunan di sini bagi meninjau dan melihat sendiri pengubahsuaian di rumah anak yatim berkenaan yang mengalami sedikit kerosakan.

“Saya bersyukur (rumah anak yatim ini) dibaiki dan penghuni yang tinggal di sini semua berasa selesa,” katanya. – Bernama

   
Email Print
   
 
 
E-browse