Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Raramit amu’ kounsub kumaa Skim Walai Kumoiso’ku osiriba’ |  Koatulan dokutul tabaa pavasaon pootodon id Sabah, Sarawak om sokid kosudong: Bolkiah |  98,501 PATI INDONESIA NAKAANU NO PASPORT |  Syarat doktor tamat latihan untuk bekhidmat di kawasan pedalaman disifatkan wajar |  Petanah cadang Ketua Kampung diberi kuasa sah permohonan tanah |  Kerajaan tidak pilih kasih agih BR1M, kata Karim |  Rogol: Lelaki warga Filipina dipenjara enam tahun, empat sebatan |  Pengawal keselamatan terperanjat temui bayi perempuan masih bertali pusat |  Pasport 98,501 daripada 98,888 PATI daftar dalam program 5P sudah diproses |  KWSP tidak beri pinjaman pada individu |   |   |   |   |   | 
 BM

Lelaki menyamar bomoh mengaku tidak bersalah rogol adik beradik

14th August, 2007

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang menyamar sebagai bomoh, menga-ku tidak bersalah di Mah-kamah Sesyen di sini kelmarin atas dua tuduhan me-rogol pasangan adik-beradik.

Bagi tuduhan pertama, Awangku Shukur Pg. Ismail, 29, menghadapi dua pertuduhan. Pertuduhan pertama, beliau yang hanya bekerja kebun, didakwa merogol seorang gadis berumur 20 tahun pada 13 Julai lebih kurang jam 10.17 malam di sebuah bilik Jasaria Hotel, Beaufort.

Pertuduhan kedua, dia di-dakwa merogol gadis yang sa-ma pada 14 Julai lebih kurang jam 10.05 pagi di sebuah bilik Hotel Ho Hin Chan, Sipitang.

Atas tuduhan itu, Shukur didakwa mengikut Seksyren 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan rotan jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius memberitahu mahkamah, beliau mempunyai seramai 12 orang saksi bagi perbicaraan kes ini.

Hakim Ravinthran N. Para-maguru menetapkan pada 12 hingga 16 Mei 2008 untuk perbicaraan kes ini di Mahkamah Sesyen Sipitang. Sementara itu, tertuduh dibenarkan ikat jamin RM10,000 deposit RM5,000 dicagarkan oleh seorang penjamin tempatan.

Bagi tuduhan kedua, Shukur menghadapi dua pertuduhan. Pertuduhan pertama, dia didakwa menyamar sebagai bomoh dengan merogol adik kepada mangsa pertama, 16, pada 26 Jun di sebuah rumah tidak bernombor Kampung Kemen-sian, Kuala Penyu dengan memperdaya bahawa dia boleh mengubati penyakit.

Pertuduhan kedua, dia juga didakwa menyamar sebagai bomoh dengan merogol mang-sa pada awal Julai di tempat yang sama.

Bagi kes ini, ASP Sabrina memberitahu mahkamah beliau mempunyai seramai 15 orang saksi.

Hakim Ravinthran menetapkan pada 10 hingga 14 Dis tahun ini untuk perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen di sini. Tertuduh juga dibenarkan ikat jamin RM10,000 deposit RM5,000 dicagarkan oleh seorang penjamin tempatan.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline