Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Raramit amu’ kounsub kumaa Skim Walai Kumoiso’ku osiriba’ |  Koatulan dokutul tabaa pavasaon pootodon id Sabah, Sarawak om sokid kosudong: Bolkiah |  98,501 PATI INDONESIA NAKAANU NO PASPORT |  Syarat doktor tamat latihan untuk bekhidmat di kawasan pedalaman disifatkan wajar |  Petanah cadang Ketua Kampung diberi kuasa sah permohonan tanah |  Kerajaan tidak pilih kasih agih BR1M, kata Karim |  Rogol: Lelaki warga Filipina dipenjara enam tahun, empat sebatan |  Pengawal keselamatan terperanjat temui bayi perempuan masih bertali pusat |  Pasport 98,501 daripada 98,888 PATI daftar dalam program 5P sudah diproses |  KWSP tidak beri pinjaman pada individu |   |   |   |   |   | 
 BM

Anggota Umno tidak harus takut kepada pembangkang, kata Anifah

Lead-9c
JALINAN MESRA…Anifah diiringi Sapawi bersalaman dengan perwakilan Umno Sipitang.

14th August, 2007

SIPITANG: Anggota Umno tidak harus merasa bimbang atau takut dengan parti pembangkang, kata Datuk Anifah Haji Aman.

Ketua Umno Bahagian Kimanis itu yang mewakili Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata pengawasan seharusnya lebih kepada mereka yang menjadi ‘musuh dalam selimut.’

“Kita tidak perlu bimbang atau takut kepada parti pembangkang kerana rakyat amat bijaksana dalam membuat sebarang keputusan pada pilihan raya nanti…apa yang perlu kita awasi ialah mereka yang bersikap musuh dalam selimut,” katanya ketika merasmikan persidangan Umno Bahagian Sipitang di sini kelmarin.

Beliau berkata mereka yang mengamalkan sikap seumpama itu adalah mereka yang tidak ikhlas dan setia dalam perjuangan yang diamalkan oleh Umno.

Katanya, anggota Umno seharusnya setia dan ikhlas dalam menerima serta melaksanakan perjuangan parti.

“Sebagai ahli parti kita seharusnya akur kepada pucuk pimpinan,” katanya dan menambah jika anggota Umno mengamalkan kesetiaan dan keikhlasan dalam melaksanakan perjuangan parti, sudah tentu Umno akan terus mendapat keyakinan serta kepercayaan kepada rakyat.

Menurutnya pada masa yang sama rakyat tentu tidak akan menerima dan menyokong parti pembangkang.

Anifah berkata Umno tidak menghalang anggotanya untuk melobi menjadi calon tetapi mereka yang berhasrat untuk menjadi calon harus tidak bersikap memburuk-burukkan atau memfitnah pemimpin yang sedia ada.

“Tiada masalah untuk melobi menjadi calon tetapi janganlah memburuk-burukkan atau memfitnah pemimpin yang sedia,” katanya.

Bagaimanapun beliau meminta mereka yang melobi dan anggota Umno menerima dan akur kepada keputusan yang dibuat oleh pucuk pemimpin parti berhubung siapa yang akan dipilih menjadi calon.

Katanya, siapa juga yang dipilih untuk menjadi calon haruslah diberikan sokongan dan bukannya dipinggirkan untuk dijatuhkan.

Sebelum itu Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata anggota Umno harus berusaha untuk memperkasakan parti.

Katanya, anggota Umno pada semua peringkat mempunyai tanggungjawab yang diamanahkan oleh parti untuk dilaksanakan.

“Tugas pemimpin dan anggota parti juga adalah untuk menyemarakkan lagi semangat daya juang parti…kita perlu memperkasakan Umno bagi mempertingkatkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat,” katanya dan menambah sejak Umno datang Sabah, senario politik berjaya diubah.

Katanya Umno berjaya membawa rakyat untuk menumpukan kepada isu-isu yang lebih besar dan bersifat nasional dengan membina serta memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman kaum.

Menurutnya Umno adalah teras kepada persefahaman dan perpaduan kaum dengan menjadi tungg ak kepada Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu 548 perwakilan Umno Sipitang sebulat suara menyokong tujuh anggota Umno bahagian itu untuk menghadiri persidangan Umno Malaysia nanti.

Mereka termasuklah Dulkifli Haji Ahmad, Mustapa Mamit, Pangeran Shamsudin Pangeran Matasan, Ahmad Ghapar, Ali Ghapar, Sari Ramin dan Ghapar Jidan.

Umno Bahagian Ranau yang diketuai oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Jaimin Samitah yang mewakili Badan Perhubungan Umno Sabah.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline