|
14th August, 2007
KOTA KINABALU: Konsul Jeneral Repu-blik Indonesia untuk Sabah, Warsita Eka berkata, hubungan baik dan akrab antara Indonesia dan Malaysia termasuk di Sabah telah berjaya menyelesaikan apa juga masa-lah yang timbul terutamanya yang melibatkan tenaga kerja dari negara itu di sini.
Katanya, sejak lima bulan berada di Sabah, beliau melihat semuanya berjalan dengan baik dan tidak ada masalah besar berhubung tenaga kerja Indonesia bekerja di negeri ini yang majoritinya bekerja dalam sektor perladangan.
“Saya dapati laporan media di sini juga positif …kalau ada masalah pun kita dapat selesaikan dengan cara yang baik kerana adanya hubungan yang cukup baik dan semangat persaudaraan antara kedua-dua negara serumpuan,” katanya ketika mengadakan majlis makan tengah hari meraikan media di kediamannya di sini, kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, adalah tidak tepat kalau dikatakan tidak ada masalah sama sekali yang timbul, tetapi ada juga masalah cuma kecil-kecil sahaja dan dapat diselesaikan dengan cara baik.
Ini kerana katanya, adanya hubungan baik dan semangat persaudaraan antara kedua negara yang sedia terjalin dan ini memudahkan untuk menyelesaikannya.
Eka juga berkata, hubungan baik antara pucuk pimpinan negara ini khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah dan Ahmad Bada-wi dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak serta menteri-menteri negara ini dengan Presiden Indonesia Sosilo Bambang Yudho-yono dan Naib Presiden Jusof Kala juga cukup akrab.
Katanya, kedua-dua negara juga men-yambut kemerdekaan pada bulan yang sama iaitu pada bulan Ogos di mana In-donesia menyambut kemerdekaan ke-62 pada 17 Ogos ini manakala Malaysia ke-50 pada 31 Ogos.
Beliau juga menyatakan perasaan gembiranya apabila diminta untuk bertugas di sini kerana menyifatkan negara ini tidak jauh bezanya dengan negaranya terutamanya dari segi bahasa, budaya dan ada resam masyarakatnya.
Sementara itu, beliau turut berharap hubungan baik yang sedia terjalin antara pihak media dengan kakitangan pejabat konsulat negara itu di sini, akan terus akrab.
Ini katanya, bagi memudahkan hubungan kedua belah pihak terutamanya pihak media mendapat maklumat tepat berhubung sesuatu isu kerana saling mengenali antara satu sama lain.
|