Local
Foreign
Business
Sports
Leisure
BM
Kadazan Dusun
Archives
Latest News
 
Nst-studio
Classifieds
In_sites_link
Football-link
Smbb-logo
Raramit amu’ kounsub kumaa Skim Walai Kumoiso’ku osiriba’ |  Koatulan dokutul tabaa pavasaon pootodon id Sabah, Sarawak om sokid kosudong: Bolkiah |  98,501 PATI INDONESIA NAKAANU NO PASPORT |  Syarat doktor tamat latihan untuk bekhidmat di kawasan pedalaman disifatkan wajar |  Petanah cadang Ketua Kampung diberi kuasa sah permohonan tanah |  Kerajaan tidak pilih kasih agih BR1M, kata Karim |  Rogol: Lelaki warga Filipina dipenjara enam tahun, empat sebatan |  Pengawal keselamatan terperanjat temui bayi perempuan masih bertali pusat |  Pasport 98,501 daripada 98,888 PATI daftar dalam program 5P sudah diproses |  KWSP tidak beri pinjaman pada individu |   |   |   |   |   | 
 BM

BEKAS PEMIMPIN KEADILAN IKRAR SOKONG PM DAN KM

Front_a_14
SURAT SOKONGAN... Saidatul menyampaikan surat sokongan kepada Musa manakala Ladim (kiri) dan Janis (dua dari kiri) memerhatikannya.

14th August, 2007

KOTA KINABALU: Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat sabah Datin Saidatul Bad-rul Tun Said menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Barisan Nasional.

Saidatul yang meninggalkan Keadilan setahun setengah yang lalu berkata beliau ingin menyatakan sokongan ke atas kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji aman.

“Saya membuat kenyataan ini atas kerelaan tanpa prejudis terhadap mana-mana individu,” katanya semasa kunjungan hormat untuk menyerahkan surat sokongannya kepada Ketua Menteri di Seri Gaya kelmarin.

Saidatul adalah antara penyokong terawal Umno apabila parti itu mengembangkan sayapnya ke sabah pada 1991 tetapi menyertai PKR pada 1998 untuk menyokong gerakan reformasi bekas timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau selepas itu dilantik menjadi Ketua Perhubungan PKR Negeri dari 2001 hingga 2005 dan menjadi Naib Presiden PKR dari 2005 hingga 2006.

“Ini semuanya sudah berlalu. Biarkan ia hanya menjadi pengelaman dan pengajaran untuk saya meneruskan perjuangan saya,” katanya.

Saidatul berkata selepas memikirkan sekian lama dan sukar, dia memutuskan sudah tiba masanya untuk terus maju ke depan dan bersikap positif, terutama sekali dalam peranannya untuk menyatukan ummah.

“di Sabah terdapat golongan tertentu yang cuba memecahbelahkan perpaduan dengan melemparkan fitnah dan tohmahan kononnya kepimpinan sekarang rasuah, tidak berlaku adil dan mempersoalkan integriti mereka.

“Dalam usaha kita untuk merebut kuasa, jangan biarkan diri kita terperangkap oleh mereka yang mempunyai agenda yang tersembunyi,” tegasnya.

Saidatul berkata rakyat tidak wajar berpecah belah tetapi sebaliknya hendaklah bersatu di bawah kepimpinan Perdana menteri dan Ketua Menteri.

“Demi untuk perpaduan ummah dan memastikan kemajuan, saya berikrar untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri.

“Saya penuh yakin negara dan negeri akan terus maju,makmur dan bersatu di bawah Kedua-dua pemimpin ini.”

Menjawab pertanyaan, Saidatul berkata beliau menyokong perjuangan Umno dan berharap akan dapat menyertai semula parti itu.

Sementara itu mantan setiausaha PKR Sabah, Janis Jinis Abdullah juga menyatakan sokonganya kepada Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana menteri dan Ketua Menteri.

“Apabila Pak Lah mengambil alih jawatan Per-dana Menteri, saya berkata beliau adakah pemimpin yang layak memimpin negara begitu juga apabila Datuk Seri Musa mengambil alih jawatan KM, saya yakin beliau mampu untuk membawa pembangunan di Sabah.”

Beliau percaya Agenda Pembangunan Negeri yang digariskan oleh Musa boleh membawa kemajuan dan meningkatkan kebajikan rakyat di Sabah.

“Saya melihat banyak pembangunan di bawah kepimpinan Ketua Menteri. Saya juga suka dengan barisan Kabinet negeri. Mereka satu pasukan yang baik.

“Dari itu saya juga menyatakan sokongan kepada BN dan akan terus berada di belakang kepimpinan yang ada sekarang dan kerajaan.”

Janis berkata keputusannya untuk meninggalkan PKR kerana penyelewengan dalam kepimpinan parti.

Beliau juga berkata cara Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mengambil alih kepimpinan PKR di Sabah tidak demokratik dan tidak mengikut perlembagaan.

“Beliau tidak pedulikan kami. Saya menyatakan kebimbangan ini kepada Datuk Seri Anwar tetapi beliau berkata dia masih perlukan Jeffrey.

“Oleh kerana perbezaan pendapat berhu-bung perkara ini, sudah pasti tidak sesuai lagi bagi saya untuk meneruskan perjuangan dalam PKR,” katanya.

Turut hadir dalam jalis itu ialah bekas Tim-balan Pesuruhjaya PAS Sabah dan Ketua PAS Kota Belud, Ladin Bin Rahman yang juga menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan BN persekutuan dan negeri.

Ladin berkata beliau hanya membuat keputusan untuk menyertai kunjungan hormat kepada Ketua Menteri semalam sebagi saja Saidatul membuat cadangan untuk kunjungan itu.

“Saya lihat pembangunan kian pesat di bawah kepimpinan Pak Lah dan begitu juga di negeri ini dengan ekonomi negeri semakin berkembangan di bawah kepimpinan Datuk Musa. Saya juga mahu sama-sama menyumbang membantu membangunkan negeri dan negara.

Ladin berkata terdapat banyak kelemahan dalam PAS, membuatkannya timbul pelbagai tanda tanya tentang peranan parti itu.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai Umno, beliau berkata kehadirannya kelmarin sudah cukup menyatakan tentang hasrat murninya itu.

Ketua Menteri berkata beliau amat mengalu-alukan hasrat ketiga-tiga individu itu untuk kembali ke BN dan terutama Umno dan percaya lebih ramai lagi rakan-rakan mereka dalam pembangkang akan mengikuti jejak mereka itu.

“Bagi pihak BN Sabah dan Umno, saya mengalu-alukan hasrat anda untuk kembali ke BN. Ini menunjukkan rakyat menyedari bahawa hanya BN yang mampu memperjuangkan hak mereka dan mengatasi masalah yang dihadapi,” katanya.

Musa yang juga Pengerusi BN Negeri dan Umno Sabah berkata kerajaan BN mampu memenuhi keperluan rakyat dan membawa pembangunan dan kemajuan bukan saja di negara ini malah negeri juga.

“Rakyat perlu membuka minda dan mata mereka dan melihat sendiri apa yang sudah dilakukan oleh BN untuk negara dan negeri dalam bentuk pembangunan dan membantu rakyat,” katanya.

Perdana Menteri baru-baru ini melancarkan Projek Pembangunan Luar bandar menelan RM167 juta untuk membolehkan Pulau Banggi menjadi bandar agropolitan yang moden dan ini menunjukkan kerajaan BN amat mengambil perhatian terhadap keperluan rakyat sama ada di bandar mahu pun luar bandar.

   
Email Print
   
 
 
E-browse
Actionline